Perkongsian itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang mempertikai kelayakannya dilantik sebagai jawatan tinggi dalam GiatMARA.
Susulan itu, abang kepada Anne iaitu Bell Ngasri tampil mempertahankan adiknya dan menasihatkan agar terus kuat menempuhi ujian sebagai anak seni.
Bell bagaimanapun tidak menyalahkan netizen kerana mempertikai pencapaian adiknya kerana itulah cabaran untuk menjadi seorang yang hebat di masa akan datang.
Menurut netizen, Anne Ngasri tidak sesuai memegang jawatan Timbalan Pengerusi GiatMARA dan merasakan ramai lagi orang lain yang lebih layak darinya.