in ,

Belia Teruja Tuntut e-Belia Hingga ‘Trending’ Di Twitter

Program e-Belia ‘trending’ di Twitter selepas pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) dan belia mula menuntut bantuan sebanyak RM150 di mana-mana aplikasi e-tunai seperti ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet, BigPay dan juga Boost bermula 1 Jun hingga 22 Julai depan.

Mereka layak menerima bantuan kredit e-Wallet (e-tunai) sebanyak RM150 di bawah Program e-Belia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa). Golongan belia rata-ratanya teruja menerima bantuan tersebut yang memberi kemudahan pembelajaran secara dalam talian selain membeli keperluan harian.

“Bangun awal untuk menuntut e-Belia. Terima kasih kerajaan,” kata @alias.

@noordiyanasaru1 yang berusia 22 tahun juga memberitahu berjaya menuntut bantuan e-Belia kerana merupakan pelajar jurusan ijazah sepenuh masa.

“Bagi yang ingin tahu sama ada pelajar ijazah dapat menuntut atau tidak. Saya berjaya menuntut e-Belia. Saya pelajar ijazah sepenuh masa,” ciapnya.

Tambah @amin, “Alhamdulillah, baru lepas guys! Perlu baca maklumat mengenai e-Belia, lebih mudah untuk menuntut. Semoga berjaya.”

Bagaimanapun dalam keterujaan itu, terdapat segelintir mereka mengeluh dan kecewa apabila berlaku isu teknikal di mana tidak boleh menuntut bantuan berkenaan.

@khairl berkata, “Sudah beberapa kali buat, tetapi masih tidak boleh ‘claim my tng ebelia’.

@boltsaifah pula berkongsi pengalamannya apabila beberapa kali menuntut bantuan berkenaan, namun gagal.

“Saya telah beratus-ratus kali ‘reject’ oleh Shopee semasa menuntut e-Belia,” ujarnya.

Soal @Amir, “Saya tidak layak untuk e-Belia walaupun berumur 19 tahun. Adakah saya melakukan sesuatu yang salah.”

Sementara itu, bantuan ini boleh dimanfaatkan dua juta belia warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM 4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai. – Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ain Edruce Dedah Wajah Anak, Namakan Sebagai Soraya di Youtube Miliknya

Gadis Didakwa Kutuk & Menghina Orang Negeri Johor Tampil Mohon Maaf