Belia Malaysia Suarakan Bantahan Terhadap Merokok
[dropcap]B[/dropcap]elia Malaysia berbulat suara menyangkal tabiat merokok dalam pertandingan “Unlike Cigarette” anjuran Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) bersama Courts Malaysia yang diadakan baru-baru ini.
Dalam pertandingan tersebut, para belia berusia 13-24 telah berkongsi pandangan mereka tentang keburukan merokok melalui video. Sebab-sebab yang dikemukakan dalam karya kreatif mereka termasuk faktor estetika seperti gigi kuning dan nafas berbau dan juga akibat yang amat serius seperti penyakit kanser dan kemudaratan kesihatan orang yang tersayang akibat terhidu asap rokok basi.
Pemenang Justin Khoo, Ibtisem Ben Nassib dan wakil Justin Mah menerima hadiah daripada Lim and Yahya.
[pullquote align=”right”]Justin Khoo (24), Ibtisem Ben Nassib (23), Justin Mah (22), Jared Tay (18) dan Lim Chun Huang (19) muncul sebagai pemenang dengan penyertaan yang amat kreatif.[/pullquote]
Justin Khoo, pemenang utama pertandingan ini, telah melibatkan kawan-kawannya dalam rakaman video selama dua hari. Kehandalan pemuda yang bekerja dengan sebuah syarikat internet ini telah memenanginya sebuah televisyen LG LED 32″.
Hadiah-hadiah lain yang disumbangkan oleh Courts termasuk televisyen LCD Sharp 40”, Nokia Tablet N810, Apple iPod Shuffle 2GB dan mesin pencetak foto kompak Canon Selphy. Lim Soo Cheen, Pengarah Sumber Manusia Courts Malaysia dan Yahya Hj Hamsain dari bahagian Pemasaran & Komunikasi NCSM telah menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada para pemenang dalam satu majlis khas baru-baru ini.
Rakaman video pemenang akan disunting bersama-sama mesej anti-merokok daripada personaliti terkemuka yang telah mengambil bahagian dalam projek “Unlike Cigarette” seperti pelakon Cheryl Samad, Julie Woon, Stephanie Chai dan Will Quah; DJ radio Azura Zainal dan Jeremy Teo; “beatboxer” Shawn Lee; penyanyi utama kumpulan Kyoto Protokol, Fuad; dan penulis blog Bangsar Babe. Klip video tersebut akan dimuat naik ke projek “I Choose” di laman Facebook bulan ini.
Kempen anti-merokok “I Choose” merupakan inisiatif anjuran NCSM bersama Courts Malaysia untuk menghebahkan mesej pencegahan kanser bermula dengan kehidupan yang sihat kepada para remaja di halaman Facebook.
Media mudah untuk diakses ini menggalakkan tabiat menjaga kesihatan dan pilihan gaya hidup positif demi mengurangkan risiko penyakit kanser pada kemudian hari.
Pengarah Urusan NCSM, Rubi-Ain Dahlan berkata:
“Kajian menunjukkan pencegahan penyakit kanser bermula dengan gaya hidup yang sihat dan seelok-eloknya diamalkan sejak muda lagi. Kami berharap semua penduduk Malaysia, terutamanya golongan remaja, akan membuat perubahan positif ke arah itu. Sekiranya program ini berjaya menukar gaya hidup seorang sahaja pun sudah cukup baik bagi kami,”
“Dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang boleh menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan negara, memupuk gaya hidup positif dalam kalangan pemuda-pemudi di negara kita adalah amat penting. Bukan sahaja seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat menghindari daripada penyakit, dia menjadi contoh yang baik kepada orang lain untuk memelihara kesihatan diri.”
Kerap melayari halaman www.facebook.com/MakeThatChoice untuk menimba ilmu dan mendapat tip-tip mudah untuk menjalankan gaya hidup yang sihat.
Pemenang tempat pertama, Justin Khoo, gembira menerima hadiahnya daripada Yahya dan Lim.