in ,

Bekas Vokalis Jinbara, Tia Meninggal Dunia Kerana Sakit Kanser Hati

Bekas vokalis Kumpulan Jinbara, Tia disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, jam 9.17 malam ini.

Berita pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.

“Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.
“Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,”

– Suzan Ahmad
Bekas Vokalis Jinbara, Tia Meninggal Dunia Kerana Sakit Kanser Hati

Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu.

Isterinya merangkap pengurus, Suzan Ahmad, berkata suaminya bagai mengetahui masanya tidak panjang.

“Keadaannya agak lemah pagi tadi malah beberapa kali menghubungi saya yang ketika itu menguruskan hal rawatannya di Hospital Selayang.
“Apabila kembali semula ke wad, dia nampak gembira tetapi dia tidak lagi dapat berbual macam biasa, cuma mahu saya mengenggam tangannya.
“Sebelum itu dia ada maklumkan masanya mungkin tak lama namun saya tetap minta dia terus positif,”

– Suzan Ahmad

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam dan perkara berkenaan disahkan oleh kakaknya, Azmah Zakaria.

“Benar, ALLAH telah jemput dia pulang pada jam 9.17 malam. Saya masih menanti maklumat lanjut daripada isterinya,”

– Azmah Zakaria
Bekas Vokalis Jinbara, Tia Meninggal Dunia Kerana Sakit Kanser Hati

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham menderita penyakit kanser hati dan mendapat rawatan di hospital berkenaan sejak Rabu minggu lepas.

Allahyarham sebelum itu mengadu sakit perut. Hasil pelbagai pemeriksaan seperti ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan ujian terakhir, CT Scan, doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan pada hatinya.

Bersama Jinbara, Allahyarham mencipta nama menerusi beberapa lagu hits yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini, antaranya Farhana (Puteri Bumi Kenyalang).

Semalam, isterinya yang juga bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasrat tidak kesampaian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WINGS

Borneo Rock Festival 2023 Bakal Jadi Pesta Paling ‘On Fire’ Tahun 2023

FATTAH AMIN

Fattah Amin Nasihat Bakat Baru Jaga Nama Jika Nak Bertahan Dalam Industri