Bekas vokalis kumpulan Exist dan pelakon, Ezad Lazim, didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan penyalahgunaan dadah pada November lepas.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman denda tersebut selepas Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim, 36, mengaku bersalah.
Atas kesalahan pertama di bawah Seksyen 12(2a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Ezad didenda RM2,200 kerana memiliki satu paket plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama di sini pada pukul 1.30 petang, 19 November lalu.
Bagi kesalahan kedua di bawah Sekyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, penyanyi yang terkenal dengan lagu Percintaan Ini tersebut didenda RM1,300 atau penjara tiga bulan serta pengawasan selama dua tahun.
sumber : Kosmo!