Ini susulan pendedahan dibuat isteri Mahathir iaitu Penny Salman yang mendakwa Alya yang juga anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Azmil Mustapha menjalin hubungan dengan suaminya sejak setahun lalu.
Mahathir yang juga bapa kepada dua anak itu berkata, dia mahu semua pihak menghormati privasi diri dan isterinya.
“Selepas dua hari saya membenarkan anda semua komen di ruangan yang disediakan, cukuplah segala nasihat, tohmahan, fitnah, kata-kata hina yang anda semua tuliskan. Saya bersyukur atas keprihatinan anda semua terhadap keluarga saya.
“Jadi, cukuplah komen yang negatif terhadap media sosial saya dan juga isteri. Hormatilah kami. Setiap manusia pernah lakukan kesilapan. Sekali lagi, terima kasih kepada semua netizen dan rakyat Malaysia yang prihatin,” katanya.
– Mahathir
Menerusi satu lagi hantaran di Instagram, Mahathir meminta warganet untuk menghormati gambar dua anaknya supaya tidak menulis komen yang tidak sepatutnya.
“Sila hormat gambar anak saya dan jika perlu tak payah nak komen yang tak patut. Kita semua manusia.
Saya tak kenal anda semua, jadi kalau nak komen yang baik-baik sahaja sila nyatakan di bawah.
Terima kasih wahai semua rakyat Malaysia yang prihatin,”
– Mahathir
Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, Mahathir mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagram miliknya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Alya Iman memohon maaf atas apa yang berlaku selain menganggap segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan mematangkan lagi dirinya.
Sumber: Harian Metro