Umum mengetahui sejak semalam hangat diperkatakan mengenai anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa menjadi penyondol rumah tangga wanita bernama Misya.
Terbaru, menerusi perkongsian di X, wanita itu dilihat ada berkongsikan video memaparkan bekas suaminya, Aslam cuba mengatakan kepada ahli keluarga Misya bahawa dia nekad untuk berubah.
Bagaimanapun lelaki itu berkata dia tidak berjaya selepas Marissa datang mengejarnya kembali dan mengakui itu adalah kelemahan dirinya.
Sebelum ini tular perkongsian Misya di X mendakwa anak kepada kedua pelakon itu menjadi punca rumah tangga musnah. Malah, turut dikongsikan bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim.