Bekas pengurus penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Bahanordin Deraman meninggal dunia pada pukul 8.30 malam tadi (16 Jun 2019) akibat komplikasi kencing manis. Allahyarham Bahanordin atau lebih mesra disapa Bard meninggal dunia selepas jatuh di kediamannya di Kuala Lumpur.
Allahyarham yang meninggal di usia 53 tahun pernah menguruskan beberapa artis popular lain antaranya Datuk Seri Rossa, Kris Dayanti dan ramai lagi.
Arwah berkhidmat di syarikat rakaman SRC dan turut menguruskan beberapa artis ternama lain seperti Liza Hanim, Tomok, kumpulan 2 By 2 dan ramai lagi.
Arwah Bard meninggalkan dua orang anak Nur’ Ain Batrisya, 15 tahun dan Rizki Langit Ramadan, 12 tahun.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.