Nampaknya, Iqbal kini serius mahu melangkah ke fasa baharu kehidupan dan enggan membuang masa bermain cinta dengan bekas majikannya itu.
Malah lelaki itu mendedahkan bahawa dia mahu meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat ini selain sudah memaklumkan niat tersebut kepada kakak usahawan berkenaan.
Sebelum itu, menerusi Instagram Vida ada berkongsi rakaman panggilan video bersama Iqbal yang dilakukan baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, Iqbal mengakui terlalu merindui jutawan kosmetik itu dan mahu meneruskan hubungan mereka ke fasa baharu.
Walaubagaimanapun, dia masih belum dapat memberikan tarikh spesifik memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung lantas menyukarkan keluarga mereka untuk bersemuka.
“Saya dah cakap dengan Vida, dia faham maksud saya tapi dia minta ikut adat sebab dia perempuan, jadi lebih elok kalau jumpa keluarganya dahulu… saya pun tak nak buang masa dah,”
– Iqbal
Dalam pada itu, lelaki berkenaan meluahkan rasa syukur kerana Datuk Seri Vida disahkan masih lagi subur dan boleh melahirkan anak lagi.
“Dah dua kali DSV buat ujian kesuburan… Alhamdulillah dia boleh hamil lagi. Itu satu berita yang baik untuk kami jika berkahwin, sekurang-kurangnya nanti kami boleh timang anak.
Saya berkahwin sebab memang nak anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan dia masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar untuk saya.
“Namun dalam sesebuah perkahwinan semestinya soal zuriat juga penting,”
– Iqbal
Dalam pada itu, Iqbal menafikan dia dan Vida menjaja kisah cinta ini sebagai gimik untuk melariskan produk jualan mereka:
“Semua yang kami kongsi di media setakat ini benar cuma DSV biasalah, tidak boleh lari daripada menjual produk.
– Iqbal
Meskipun timbul pelbagai khabar angin dek pengakuan beraninya sebelum ini, Iqbal turut menegaskan bahawa perasaan cinta tersebut adalah serius dan bukan untuk melariskan produk jualan mereka.
Apa pun, semoga urusan mereka dipermudahkan.