Menurut laporan Kosmo! Online, pasangan itu tetap mencuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik kepada anak mereka Skylar Raymond Foo yang kini berusia tiga tahun.
Apabila ditanya mengenai bekas isteri yang kini seperti dalam proses mengenali hati budi seseorang, aktor berusia 38 tahun itu terbuka mengenai perkara tersebut.
“Saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya. Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah.
“Hubungan saya dengan Raymond tetap okey walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri,” katanya.
– Keith Foo
Berbicara mengenai kehidupan sepanjang bergelar duda, pelakon drama Ariana Rose itu mengakui dia agak sunyi kerana berbeza dengan kehidupan sebelum ini selain tiada orang yang sudi berkenalan.
“Saya tidak boleh tipu, rasa sunyi memang ada. Maklumlah, dulu sewaktu bangun tidur, anak di sebelah dan dia sentiasa ada di rumah. Sekarang, semuanya sudah berubah,”
– Keith Foo
Namun, pintu hati pemilik nama Foo Chuan Chin itu tidak pernah tertutup untuk kembali mendirikan rumah tangga walaupun selesa dengan kehidupan solo.