in , ,

Bekas Isteri Lega Bercerai Dengan Ammar Alfian, Luah Rasa Syukur di IG Stories

Hampir setahun kemelut rumah tangga diperkatakan, akhirnya pelakon Ammar Alfian sudah pun sah bercerai dengan isterinya Nelissa Nezam secara tebus talak semalam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Meluahkan rasa syukur dan lega apabila mahkamah membenarkan permohonan cerainya dengan Ammar secara tebus talak, Nelissa berkata mental dan emosinya terkesan disebabkan apa yang dilaluinya selama ini.

Bekas Isteri Lega Bercerai Dengan Ammar Alfian

“Walaupun mental, emosi dan fizikal dalam keadaan keletihan selepas apa yang saya lalui. Alhamdulillah akhirnya saya sah bercerai.

“Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memutuskan saya perlu membayar sejumlah wang kepada bekas suami agar permohonan cerai dibenarkan. Sejumlah wang tersebut berdasarkan beberapa peraturan dan undang-undang,”

– Nelissa
11-3

Semalam, Ammar mengumumkan berita mengenai perceraiannya dan mengatakan bekas isternya diperintah untuk membayar kepadanya sebanyak RM7,000 sebagai tebus talak.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga Ammar dan Nelissa menjadi perhatian ramai apabila wanita itu mendedahkan suaminya berlaku curang ketika dia sedang sarat hamil enam bulan pada Mei tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Kes Datuk Seri Panjat Pagar SPRM Terjawab, Lepas Tengok CCTV Rupa-Rupanya…

Peminat Nampak di Genting Highlands, Betul Ke Shaheizy Sam Ingkar Arahan Kuarantin?