Julia berkata, dia terpaksa membuat laporan di Balai Polis Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 25 Disember atas tuduhan itu serta mengesyaki Badrul memecah masuk rumahnya di Taman Geriang Utama, Hulu Bernam, Selangor bagi mengambil MyKad, pakaian serta telefon bimbit milik anak-anak mereka.
“Saya buat laporan polis kerana mengesyaki rumah saya dipecah masuk oleh bekas suami dan barang anak-anak termasuk baju sekolah mereka semuanya tiada.
“Memang saya tak ada syak orang lain yang buat perkara ini. Hati ibu mana yang tak sedih apabila anaknya dibawa lari dengan semua barang-barang.
Keadaan pintu yang diumpil serta penemuan sarung tangan plastik di rumah Julia.
“Saya bukan nak mengaibkan dia tetapi saya hanya mahukan anak-anak saya semula,” katanya.
Untuk rekod Badrul, 53, dan Julia berkahwin pada Mei 2007 sebelum berpisah pada September 2010.
Badrul pernah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 2010 atas dakwaan memukul Julia ketika mereka masih menjadi suami isteri.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Delisha, 14, dan Badrul Hidayat yang kini berusia 11 tahun.
Julia kemudian mendirikan rumah tangga dengan orang lain pada Mei 2018.
Saya dah banyak bagi peluang kepada dia, kalau boleh nak selesaikan perkara ini secara baik.
Terdahulu menerusi muat naik di Facebook, Julia berkongsi salinan laporan polis serta foto menunjukkan pintu rumahnya diumpil dalam kejadian yang disedari pada 25 Disember lalu.
Menurut Julia dia turut menemukan sarung tangan plastik di atas rumput di depan rumahnya.
Bercerita lanjut rentetan kejadian itu dakwa Julia, pada, 23 Disember lalu, ketika dia berada di rumah ibu mertuanya di Slim River, Perak, pelakon itu hadir untuk mengambil anak mereka dengan alasan untuk membawa pulang bagi menziarahi nenek mereka yang nazak.
Perkongsian status yang dimuat naik oleh Julia di Facebook miliknya.
Menceritakan lanjut tentang kejadian pada 23 Disember lalu di rumah ibu mentua Julia di Slim River, Perak, Badrul didakwa hadir dengan membuat kecoh bagi mengambil anak-anaknya itu.
Ujar Julia, pada mulanya dia enggan membenarkan anak-anaknya mengikuti Badrul namun bimbang dengan kekecohan ditimbulkan pelakon itu selain mendengar nasihat daripada bapa mertua, dia mengizinkannya.
“Atas nasihat bapa mentua, saya bagi juga anak-anak ikut bapa mereka pulang kerana tak mahu besarkan lagi perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya tentang hubungan Badrul dengan anak-anak, Julia berkata dia tidak pernah menghalang bekas suami untuk bertemu zuriatnya namun dia perlu beri kerjasama dengan hadir ke mahkamah apabila diminta berbuat demikian.
Katanya, ketika ini Badrul masih berdepan kes di mahkamah berhubung tuntutan nafkah anak-anak.
“Saya tak akan halang kalau Badrul nak berjumpa dengan anak-anak dia selepas ini. Cuma saya nak dia beri kerjasama dan datang ke mahkamah kerana saya dah tak ada cara lain lagi untuk selesaikan kes ini.
Julia mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada Mei 2018. Julia mendirikan rumah tangga sekali lagi pada Mei 2018.
“Saya dah banyak bagi peluang kepada dia, kalau boleh nak selesaikan perkara ini secara baik.
“Biarlah pihak mahkamah putuskan jumlah nafkah yang sepatutnya dia bagi untuk anak-anak,” ujarnya.
Sementara itu wartawam mStar turut menghubungi Badrul bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan Julia itu.
Menerusi mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp, Badrul menyifatkan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh Julia sebagai fitnah.
“Saya kena fitnah. Saya busy,” tulisnya ringkas kepada mStar.
sumber: mstar
Badrul Muhayat Akui Difitnah
“Saya kena fitnah,” demikian jawapan ringkas pelakon lelaki popular era 1990-an, Badrul Muhayat berhubung dakwaan bekas isterinya bahawa dia melarikan dua anak mereka.
Dia yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp bagaimanapun enggan ditemubual dan kemudian meminta maaf kerana sedang sibuk.
Menerusi laporan Harian Metro, bekas isteri pelakon itu membuat laporan polis mendakwa rumahnya dipecah masuk dan dua anaknya dilarikan pelakon itu dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor, Sabtu lalu.
Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin yang mengakui pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Kita akan panggil dalam masa terdekat termasuk individu yang didakwa memecah masuk rumah berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Terdahulu wanita itu menerusi hantaran di Facebook mendakwa, selain pintu rumahnya ada kesan dipecah masuk, semua pakaian anak-anaknya serta buku sekolah tiada.
Menerusi hantaran sama, wanita itu berkata, dia tiba-tiba ternampak benda yang mencurigakan seperti sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.
Wanita itu turut memaklumkan, mereka sekarang dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.