Selepas beberapa siri siasatan dijalankan, Pihak Pendakwaan Ketenteraan Korea Selatan pada Julai lalu telah mencadangkan agar bekas penyanyi kumpulan Big Bang itu dikenakan hukuman penjara 5 tahun.
Menurut pendakwaraya, Seungri tidak menunjukkan sebarang tanda sudah insaf malah menuding jari kepada sedangkan dia sudah mengaut keuntungan daripada kesalahannya.
Terbaru hari ini, Seungri telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas dia didapati bersalah di atas kesemua sembilan pertuduhan terhadapnya termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.
Makhamah Tentera di Yongin yang menjatuhkan hukuman tersebut turut memerintahkan Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun untuk membayar denda berjumlah ₩ 1.15 bilion bersamanan RM4.18 juta.
Memetik laporan portal Yonhap, mahkamah menyifatkan tindakan penyanyi itu telah mencetuskan ancaman yang cukup berbahaya kepada negara.
“Tertuduh (Seungri) mengatur tawaran seksual kepada pelabur asing menerusi pelbagai acara serta bersekongkol dengan rakan perniagaannya Yoo In-suk demi mengaut keuntungan.
“Jenayah itu yang mengkomersialkan seks melanggar norma budaya kita dan benar-benar mendatangkan bahaya besar kepada negara,”
Dia sebelum itu meninggalkan kumpulan Big Bang sekaligus bersara dari industri hiburan dan menyertai tentera selepas skandal Burning Sun tersebut mula dilaporkan secara meluas sehingga mendapat perhatian seluruh dunia.