Berita hangat pagi ni, bekas bakal suami Fara Fauzana, Mohamed Hafiz ketika ditemubual oleh wartawan memberitahu supaya diberi sehari dua untuk memberi komennya kepada pengumuman bekas pengacara berkenaan semalam.
Dia bagaimanapun tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini atas sebab peribadi.
Dipetik Mohamed Hafiz berkata
Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya.