in , ,

Bekas Adik Ipar Saman Usahawan Iqbal Zulkefli Lebih RM5 juta?

Bekas adik ipar usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli atau dikenali sebagai Iqbal iaitu Ayunie dikatakan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman ushawan itu sebanyak lebih RM5 juta.

Bekas adik ipar kepada usahawan terkenal Ahmad Iqbal Zulkefli, atau lebih dikenali sebagai Iqbal, iaitu Ayunie, dilaporkan telah mengambil langkah tegas dengan mengemukakan tindakan undang-undang terhadapnya.

Menurut laporan, Ayunie telah memfailkan saman yang melibatkan tuntutan ganti rugi lebih RM5 juta. Tindakan ini dipercayai berpunca daripada isu yang melibatkan konflik peribadi dan profesional antara kedua-dua pihak, yang akhirnya membawa kepada perbalahan serius sehingga memerlukan penyelesaian di mahkamah.

Bekas Adik Ipar Saman Usahawan Iqbal Zulkefli Lebih RM5 juta?

Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.

“Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan permainan bodoh ni. Selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal).

“Saya sabar dengan segala tomahan, fitnah, perkara tak betul yang dia lemparkan sehingga mencemarkan maruah saya.

“Nak tak nak kali ini dia kena jawab saman saya. Sila hadirkan diri di mahkamah kalau betul dia benar. Sebab saya percaya saya benar. Saya tak keluarkan apa-apa bukti lagi,”

– Ayunie

Ayunie yang juga pempengaruh mendakwa Iqbal pernah menyatakan mahu menyaman dirinya dan masih menunggu surat saman itu.

“Saya pelik sebab sebelum ini dia kata nak saman, tapi sampai sekarang tak ada pun.
Siap kata sudah lantik peguam. Tetapi, sudah berbulan lamanya saya tunggu tak sampai pun surat tuntutan ataupun mana-mana surat saman.

“Apabila saya hantar peguam untuk selesaikan hak saya selepas dia mencemarkan nama saya, dan dalam masa sama saya mahu mencari titik noktah, tapi dia jadikan perkar ini satu ‘permainan’ pula. Sehinggakan peguam dia cakap tidak lagi mewakili Iqbal,” katanya.

Bekas Adik Ipar Saman Usahawan Iqbal Zulkefli Lebih RM5 juta?

Ayunie yang mengusahakan produk Vitamilk berkata, tindakan Iqbal itu seolah-seolah sengaja mahu menjadikan ia satu ‘marketing’ dan kepentingan dirinya.

“Apa yang dia cuba buat selama ini adakah untuk ‘marketing’ saja? Puas hati tengok orang bergaduh? Sebelum ni saya dengan adiknya baik-baik sahaja,”

– Ayunie

Perkara ini turut menjadi perhatian ramai memandangkan Iqbal adalah seorang figura yang dikenali ramai, dan perkembangan kes ini pasti akan terus menjadi tumpuan masyarakat serta media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S24 FE Dilengkapi ‘Browsing Assist’ Untuk Belajar Lebih Mudah

Vanessa Reynauld Lancar Single Baharu Berjudul ANYAM KAYANGAN