in ,

BEHATI Sunting Ikon Fauna Hatta Dolmat & Kittie Yiyi

Behati bergandingan bahu dengan dua pereka lokal, Hatta Dolmat dan Kittie Yiyi dalam menghasilkan koleksi kerongsang kali ini!

Behati mendekati akal budi Hatta dan Kittie, memilih sesuatu yang dekat juga bersifat peribadi buat mereka berdua – mengambil ikon fauna atau serangga yakni kumbang dan lebah sebagai subjek utama rekaan kerongsang Behati musim luruh 2018.

BEHATI Sunting Ikon Fauna Hatta Dolmat & Kittie Yiyi

Behati Sunting Ikon Fauna Hatta Dolmat & Kittie Yiyi Sebagai Subjek Musim Ini

Behati melihat falsafah di sebalik hubungan fauna dengan flora. Di mana Behati menyemat keutuhan pertalian antara serangga dan bunga yang payah untuk dipisahkan. Tanpa adanya serangga, takkan wujudlah bunga-bungaan sebagai pemolek alam. Tanpa ada kedua-duanya, matilah bumi.

Pemilihan Hatta Dolmat dan Kittie Yiyi yang pernah mentaasubi keindahan serangga sebagai sendi rekaan mereka menepati kehendak Behati. Mereka tidak teragak-agak menyunting dua nama pereka fesyen generasi semasa ini sebagai rakan kolaborasi, lalu memperkenalkan himpunan ‘Behati Bugs’ – yang menampilkan konsep kumbang ‘Hatta Beetle’ yang pernah dipertontonkan sewaktu KLFW 2015, manakala ikon lebah Kittie Yiyi pula muncul sekitar 2014 menerusi himpunan pertamanya.

Behati Brooch by Hatta Dolmat hadir dalam dua rona berbeza yakni salutan emas matte dengan kristal Aurora Borealis dan satu lagi diolah dalam rupa logam untuk mencerminkan rekaan yang sedikit edgy. Behati Brooch by Kittie Yiyi bersadur emas matte dengan kristal-kristal warna debunga.

Dalam menyemarakkan kehadiran koleksi Behati Bugs, satu acara khas yakni ‘BEHATIBACKYARD’ diadakan minggu lalu di Dr. Stitch.

Acara ini menghimpun 15 fotografer serta artis tempatan dan masing-masing diberi kebebasan untuk mengeluarkan idea tersendiri dalam membuat interpretasi ke atas Behati Brooches. ‘BEHATIBACKYARD’ memperlihatkan konsep pameran yang diolah bak kawasan jemuran belakang rumah, di mana kesemua gambar foto dicetak pada fabrik dan digantung untuk dipertontonkan kepada orang ramai.

‘BEHATIBACKYARD’ turut bekerjasama dengan Pusat Kanak-kanak Kreatif Tuanku Bainun dalam membantu serta memanfaatkan sumbangan amal buat badan kebajikan tersebut.

Malah, pada malam berlangsungnya pelancaran ‘BEHATIBACKYARD’ di Dr. Stitch, ia telah dihoskan oleh ikon fesyen masa kini yang juga wajah utama STAIL.MY, yakni Nyonya Mansoor!

BEHATI Sunting Ikon Fauna Hatta Dolmat & Kittie Yiyi

OF BROOCHES, BUGS AND BEHATI

Behati, a jeweller, whose merchandise offerings include an extensive selection of brooches, recently released its Bugs collection at Dr. Stitch’s sponsored art event called ‘BEHATIBACKYARD’. 15 local independent photographers/artists were invited to exhibit their own perspective of Behati brooches at this charity-based event benefitting Pusat Kanak-Kanak Kreatif Tuanku Bainun.

The concept of the exhibition is themed on a backyard drying place for your wet laundry, where all photographs are printed on fabrics and creatively displayed.

The exhibitors involved were Dhanni Illiani, Aimanness Harun, Azim Mahayudin, Bibo Aswan, Carlos Khu, Daniel Adams, Eric J Loo, Hafreez, Raeburn Ng, Raisa Azzam, Maxx Loh, Nadirah Zakariya, Pitt Ab Rahaman, TTFGA and Yazeido. Behati’s aim is to promote unity within this pool of creative community, giving Malaysian independent artists an alternative platform to showcase their art, outside the usual gallery setting.

For Fall/Winter 2018, Behati has added these flora’s soul mate into its new collection. Cubic zirconia crystals are widely used to reflect maximum light rays. There are a variety of butterfly brooches representing species such as Swallowtails, Skippers, and Lycaenidae – in addition to the Beetle, Ant, and Dragonfly. Behati has also collaborated with two reknowned Malaysian fashion designers, Hatta Dolmat and Kittie Yiyi by producing a special edition brooch representing their label’s “spirit animal”.

“Hatta Beetle” has been around since its release during the 2015 KLFW. The print has become an icon of the brand and has been a best-selling merchandise to date. Behati Brooch by Hatta Dolmat comes in two colour variations – one plated in matte gold with Aurora Borealis crystals, and one in full gun metal for an edgier look.

Kittie Yiyi showcased her brand with the bee icon from her 2014 debut collection. The embroidered yarn patches originally seen on her fabrics, is now available as a brooch as a token of appreciation to her loyal customers. Behati Brooch by Kittie Yiyi is plated in matte gold with pollen colour crystals.

For full collection, kindly visit behati.co

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama LUKISAN TAKDIR Lakonan Zarina Zainuddin

Izzue Islam Bersemuka Dengan Forteen Leraikan Sebab Perselisihan