in

Beg Wanita Yang Sesuai Untuk Hari Raya

WARNAI RAYA DENGAN BEG IDAMANMU!
Jualan beg tangan berjenama oleh Reebonz pasti menceriakan sambutan Hari Raya rakyat Malaysia.

Sekiranya anda penggemar beg tangan berjenama atau ingin memilikinya, Reebonz menjemput anda untuk meraikan musim perayaan yang akan datang dengan rekaan warna-warni di jualan Raya pertama kalinya di Malaysia.

“Acara jualan murah musim Raya pertama kami diberikan tema “Warnai Raya Dengan Beg Idamanmu” untuk meraikan kemeriahan musim perayaan ini dengan pelanggan kami, terutamanya mereka yang menyambut Hari Raya Puasa!” kata Sean Oh, Pengurus Besar Serantau bagi Malaysia dan Timur Tengah ketika previu jualan khas untuk pihak media.

Reebonz

Oh turut memberitahu media bahawa Reebonz merupakan destinasi dalam talian eksklusif yang ahli-ahlinya di rantau ini, termasuklah dari Indonesia, Singapura,Thailand, Hong Kong, Korea dan Malaysia dapat membeli-belah bagi barangan mewah pada harga berpatutan menerusi acara jualan murah dalam talian yang tertutup, yang berlangsungkan selama dua hingga tiga hari sahaja. “Ini membolehkan kami untuk memberikan pilihan jenama yang lebih banyak kepada pelanggan pada harga jualan tertutup dan dapat memastikan bahawa produk yang kami tawarkan sentiasa baru dan terkini,” tambahnya lagi.

Apabila ahli Reebonz membeli dari Reebonz secara dalam talian, ahli-ahli menikmati harga terbaik berbanding butik bertauliah atau “reseller”. Mereka juga tidak perlu risau akan caj penghantaran atau cukai kastam; harga yang terpapar dalam talian tiada sebarang kos tersembunyi. Reebonz membuat penghantaran dalam masa 3-5 hari di Malaysia, bergantung kepada kelulusan kastam. Produk yang ditawarkan adalah dengan jaminan 100% tulen dan return policy adalah 14 hari. Bukan itu sahaja, penerimaan pakej dari Reebonz juga membawakan pengalaman bermakna, kerana setiap barang dibalut cantik bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.

Berhubung dengan jualan Raya, Oh menerangkan bahawa jualan tersebut merupakan acara istimewa bukan dalam talian yang akan berlangsung selama dua hari di Malaysia sempena musim perayaan. “Kami akan mengadakan acara jualan tersebut di Member’s Lounge kami di Bangsar, Kuala Lumpur. Acara ini terbuka kepada ahli-ahli Reebonz serta orang ramai; dan memberi peluang bagi mereka untuk melihat, menyentuh dan membelek beg berjenama asli sebelum membelinya pada harga jualan tertutup kami,” katanya.

Berkongsi butir spesifik bagi jualan tersebut, Amanda Gan, Pengurus Perhubungan Awam dan Pengekalan Ahli Reebonz Malaysia berkata: “Kami akan menawarkan banyak warna dan rekaan yang ceria daripada pelbagai jenama terkenal. Ini termasuklah Balenciaga, Burberry, Coach, Gucci, Kate Spade, Marc by Marc Jacobs, Miu Miu, Prada, Proenza Schouler dan Vintage Chanel”.

“Semua beg akan dijual pada harga diskaun hingga 70%. Kami akan mengadakan jualan murah seperti potongan RM150 daripada beg Coach dan Burberry terpilih. Ini semestinya sesuatu yang sukar ditolak oleh penggemar beg berjenama!” janjinya.

Untuk menjadi ahli Reebonz, anda hanya perlu mendaftar di reebonz.com.my dengan melengkapkan langkah-langkah pendaftaran yang mudah di laman log masuknya. Selain daripada itu, anda juga boleh meminta rakan atau ahli keluarga yang telah menjadi ahli Reebonz untuk menjemput anda menjadi ahli.

Jualan Raya Beg Tangan Reebonz “Warnai Raya Dengan Beg Idamanmu” akan berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu, 10 dan 11 Ogos 2012, 11 pagi hingga 5 petang di Reebonz Lounge, Lot 3A.02A, Level 3A Menara BRDB, No. 285 Jalan Maarof Bukit Bandaraya, 59000 Kuala Lumpur.

Dapatkan kemasukan utama dengan menghantar emel pada [email protected] atau hubungi 03 – 22021393, dan nikmati pelan bayaran ansuran 0% dengan lapan bank seperti Alliance, Ambank, Citibank, HSBC, Maybank, MBF, OCBC & RHB.

Untuk maklumat lanjut tentang Reebonz dan Jualan Rayanya, sila layari laman rasmi Reebonz di reebonz.com.my atau laman Facebook Reebonz Malaysia di facebook.com/reebonzmalaysia.

Reebonz

Reebonz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Reebonz

Portal TONTON Sedia Bas Balik Kampung Untuk Raya