Sempena kedatangan tahun baru 2019, koleksi terbaru Beetle by Hatta Dolmat, kali ini hadir dengan siri terbaru BEETLE SHADOW yang memberi fokus kepada rangkaian kemeja bersulam dan baju Polo menjadi perhatian untuk jejaka yang sukakan identiti rekaan Hatta Dolmat berasaskan kumbang.
Bagi Budiey, baju seperti ini sememangnya kasual dan senang digayakan di mana-mana acara mengikut kesesuaian dan gabungan dengan elemen pakaian dan aksesori agar nampak lebih trendy.
Simbol Lelaki Kental & Sporty
Boleh digayakan tatkala bersiar dan juga jalan-jalan di shopping mall atau ke majlis keraian dengan dipadankan dengan penampilan asas yang lain. Budiey kira, kesederhanaan adalah asas sebenar keluaran kali ini dengan dominasi pelbagai warna asas tanpa corak yang lain selain seekor kumbang yang menjadi simbolik untuk lelaki zaman ini. Rekaan ini berbalas dengan warna bertenaga seperti biru dan merah. Sekaligus menzahirkan sifat lelaki yang sporty, maskulin dan kental.
Logo Beetle tertera di dada kiri sebagai lambang identiti Hatta Dolmat yang cukup sinonim membiaskan rekaan yang timeless seiring dengan visi Hatta Dolmat yang tersendiri.
Sebelum ini Hatta Dolmat telah menghasilkan siri Beetle dalam pelbagai rekaan termasuklah minyak wangi.
Koleksi ini berharga RM139 sehingga RM149 koleksi terhad dan ekslusif 2019 untuk anda gayakan pada tahun 2019 ini.
Anda boleh dapatkan koleksi ini menerusi Instagram @beetlebyhattadolmat /+0135959864 dan dalam masa terdekat anda boleh dapatkan di Shopee!