Can a beauty fall for a geek?
TX date: 2 May 2009
Day/Time: Saturday, 10.30pm
Beauty and the Geek kembali! Anda dapat menyaksikan sekumpulan wanita cantik bergandingan dengan sekumpulan lelaki cerdik yang kurang tahu bersosial dan berfesyen. Beauty and the Geek (Season 4) akan memulakan siaran pada 2 Mei 2009 jam 10.30 malam di 8TV.
“Siri realiti ‘Beauty & Geek’ kini kembali. Musim terbaru pastinya mengundang ketawa dan cukup menghiburkan untuk ditonton! Jangan ketinggalan untuk menonton!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Musim terbaru ini bakal menyaksikan sembilan pasangan bersaing bagi merebut hadiah bernilai $250, 000. Antara cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh kesemua pasangan ialah melakukan persembahan.
Antara cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui oleh si ulat buku ialah mereka perlu membuat persembahan dan menyanyi secara ‘rap’ dan bertanding dalam malam prom. Si cantik pula perlu memasuki pertandingan debat dan menjadi guru gantian bagi murid gred 3.
Musim ke-4 ini juga bakal menyaksikan seorang lelaki kacak yang akan digandingkan dengan seorang gadis ulat buku. Sam 26 tahun yang merupakan seorang pengurus majlis sosial akan dipasangkan dengan Nicole gadis berusia 25 tahun dari Tufts University.
Berikut merupakan senarai peserta dalam Beauty and the Geek (Musim ke-4):
The Geeks:
David – 28 tahun, Pentadbir Bahagian Kebakaran
Jesse – 26 tahun, Jurutera Perisian
John – 22 tahun, Pelajar / Pereka Litaran Analog
Josh – 21 tahun, Pelajar
Joshua – 26 tahun, Pelajar (bakal menerima Master)
Luke –23 tahun, Pelajar
Tony –26 tahun, Pelajar Perubatan
Will – 23 tahun, Jurutera Perisian
William – 25 tahun, Jurutera Perisian
The Beauties:
Amanda – 25 tahun, Model
Erin – 22 tahun, Pendandan Rambut
Hollie – 26 tahun, artis
Jasmine – 22 tahun, Pengasuh
Jennifer – 26 tahun, Pelayan & Model
Katie – 25 tahun, Pengurus Jualan
Natalie – 22 tahun, Pelayan & Model
Rebecca – 24 tahun, Pelajar
Shalandra – 26 tahun, Pelayan Bar
Siapa yang bakal memenangi hadiah bernilai $250, 000? Saksikan Beauty and the Geek (Musim ke-4) yang akan disiarkan di 8TV pada 2 Mei 2009 jam 10.30 malam.
8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro anda!
Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!