in

Bear Grylls Kini Duta & Jurucakap Dockers Terbaru

BEAR GRYLLS MENJADI “LIAR” UNTUK JENAMA DOCKERS® DENGAN PENGENALAN KEMPEN PEMASARAN GLOBAL 2012 OLEH PEMIMPIN KHAKI INI

Pada hari ini, jenama Dockers® berbangga untuk mempersembahkan visual pertama daripada evolusi terkini platform pemasaran antarabangsa, Wear The Pants® terbarunya yang menampilkan Bear Grylls, bintang berbilang rancangan survival (kemandirian) ekstrem.

Kempen ini akan menggandingkan karisma lasak Grylls dengan keluaran terbaru dalam gaya maskulin yang diperhaluskan dan boleh didekati daripada sumber khaki muktamad di seluruh dunia, jenama Dockers®.

Sebahagian daripada kempen ini dirakamkan di kawasan “liar” Manhattan, termasuk beberapa siri pemandangan luar yang difotograf di Central Park tercinta bandar ini, oleh jurugambar Koto Bolofo.

Bear Grylls Wears the Signature Khaki in the Dockers, 2012 'Wear The Pants' Ad Campaign-1

Kempen Wear The Pants® yang bersifat gurau senda daripada Jenama Dockers® dilancarkan pada lewat tahun 2009, terus meraikan kebangkitan semula khaki sebagai seluar panjang seharian pilihan utama lelaki di seluruh dunia, tetapi kini platform ini turut meraikan keghairahan, tujuan dan empati. Kempen Wear The Pants® terus mencetuskan perbualan mengenai makna menjadi lelaki pada hari ini. Kelahiran terbaru kempen ini akan menampilkan Bear Grylls dalam gaya Dockers® yang tersohor seperti siluet Signature dan Alpha Khaki dan akan dilihat merentasi dunia.

Kempen Wear The Pants® dihasilkan secara kerjasama dengan DraftFCB, San Francisco dan bersepadu sepenuhnya dengan cetak, papan iklan, radio, media sosial, komponen pemasaran dalam gedung dan digital.

“Bear Grylls adalah hero dunia sebenar, perwatakan tepat bagi kempen Wear the Pants® kami,” kata Jen Sey, naib presiden kanan pemasaran global untuk jenama Dockers®, mengenai pemilihan Bear sebagai muka bagi kempen 2012. “Kami teruja dapat bersatu dengannya, lelaki penuh aksi dan kepintaran SEBENAR, yang keluar mengharungi dan menjelajah dunia dengan berani, melakukan apa yang disukainya. Keghairahannya dan semangatnya serta komitmennya terhadap keluarganya senada dengan semangat jenama Dockers® dan kempen Wear the Pants®.

“Memang menyeronokkan untuk menjadi sebahagian daripada kempen Wear The Pants® 2012. Saya sentiasa mencari pakaian yang lasak dan tahan lama daripada jenama seperti Dockers® yang mudah didekati dan diperoleh,” kata Bear Grylls.

Dikenali di seluruh dunia sebagai individu yang menyambar peluang dengan keghairahan untuk kembaran dan kemandirian luaran, Grylls membesar di United Kingdom di Isle of Wight, di mana dia dilatih sejak kecil lagi dalam mendaki, berlayar dan seni mempertahankan diri.

Dia kemudiannya berkhidmat sebagai tentera selama tiga tahun dalam Pasukan Khas British, dengan SAS, sewaktu mana dia memahiri banyak skil yang dapat ditonton peminatnya di seluruh dunia pada masa ini di televisyen sambil dia mencabar hutan, padang pasir dan gunung paling suka di dunia.

“Man Vs. Wild” berjaya meraih audiens seluruh dunia yang besar sebanyak 1.2 Bilion penonton yang menonton untuk melihat lelaki lasak zaman moden beradu kepintaran terhadap perkara paling buruk yang dipersembahkan dunia semula jadi ini.

Dengan sikap tidak berputus asanya dan latar belakang berkemahiran, Grylls telah memukau penonton di seluruh dunia, membina pangkalan peminat yang besar dan setia. Pelaksana yang asli, Grylls juga ialah antara pendaki paling muda yang pernah mencapai puncak Gunung Everest. Dia dianugerahkan pentauliahan kehormat sebagai Leftenan Komander dalam Tentera Laut Diraja dan telah menulis 10 buku, termasuk buku terlaris No. 1, “Mud Sweat and Tears.”

Grylls juga pernah mengetuai ekspedisi yang memecahkan rekod dari Antartika ke Artik, mengutip lebih $2.5 juta untuk kanak-kanak di seluruh dunia pada waktu itu. Grylls juga merupakan Ketua Pengakap paling muda kepada 28 juta Pengakap muda di seluruh dunia.

Grylls boleh dilihat dalam jelajahnya dalam rancangan “Bear Grylls: Mud, Sweat & Tears Live” di Norway, UK dan AS pada tahun 2012.

Gabungan daya dorongan dan semangat filantropinya menjadikan Grylls tambahan terbaik pada kempen Wear The Pants® bagi jenaman Dockers®. Kempen Wear The Pants® yang memenangi Anugerah Effie 2011 menegaskan takrifan baru untuk kelelakian pada hari ini; takrifan yang berakar umbi dalam kematangan maskulin, tetapi juga dalam keberanian, kekesateriaan dan kesensitifan.

Evolusi 2012 bagi platform ini berterusan dengan kedudukan global yang meraikan semangat pelaksana yang bersifat ingin tahun dan rajin, seseorang yang berani menyambar peluang yang dan merealisasikan impiannya. Kempen terbaru jenama Dockers® menampilkan beraneka jenis gaya Dockers® moden yang terbaik untuk situasi “liar” yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Bear Grylls Wears the Alpha Khaki in the Dockers, 2012 'Wear The Pants' Ad Campaign-1

Mengenai Jenama Dockers®
Jenama Dockers® telah merangkumi semangat khaki selama lebih 25 tahun. Sejak pengenalannya pada tahun 1986, jenama Dockers® telah menyempurnakan khaki—dan barangan penting yang mengiringinya—untuk lelaki dan wanita di seluruh dunia. Tiada kompromi dalam kualiti. Gaya yang versatil dan penting. Siang ke malam. Isnin ke Ahad. Memakai seluar panjang tidak pernah kelihatan sebegitu bagus. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenama Dockers® dan produknya, sila lawati www.dockers.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Korea Triple di TV2

Drama Bunga-Bunga Syurga Lakonan Johan As’ari