in ,

Menangi Wang Tunai Lumayan Dengan Menyertai Be A Maybank2u Star Contest

Menangi Wang Tunai Lumayan Dengan Menyertai Be A Maybank2u Star Contest

[dropcap]S[/dropcap]epanjang bergiat dalam dunia blog hiburan, ramai juga pembaca yang datang kepada Budiey, bertanyakan cara untuk menjadi artis, cara nak jadi pelakon, macamana nak popular dan macam-macam lagi la.

Jawapan Budiey senang je, “Kalau betul-betul you ada talent, percaya pada diri, haaa… Pergilah casting atau ujibakat!”

[dropcap]K[/dropcap]at luar sana, banyak productions nak pakai pelakon, penari dan sebagainya. Tukang pak pacak pun diorang sibuk cari. Yang penting, korang ada potensi, ada bakat, baru boleh berlakon. Apa-apa, kena cuba dulu la. Test market kata orang.

Dalam banyak-banyak job, Budiey dengar, berlakon untuk iklan yang paling best. Bayarannya pun boleh tahan, lumayan. Massyuuuk!

Ini pendapat Budiey la. Bukan apa, berbanding dengan berlakon drama atau filem, pengambaran untuk iklan hanya makan masa 2 atau 3 hari je. Ada yang paling singkat pun ada. Sehari je boleh siap.

[pullquote align=”right”]Paling best bila iklan tu selalu keluar kat TV. Haha glamor la kejap, kan?[/pullquote]

Cakap pasal iklan ini, Budiey nak bagitau kat korang semua tentang satu peluang untuk korang menjadi terkenal seperti selebriti! Haaa, nak ke tidak ni?

Kiranya, peluang ini adalah satu-satunya cara untuk anda semua terjun dalam model iklan. Amacam, ada berani?

Peluang yang Budiey maksudkan ialah dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Maybank2u. Hadiahnya, sangat lumayan ya di mana Maybank2u akan memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 kepada pemenang peraduan ini. Nak tak?

Peraduan yang diberi nama, Be A Maybank2u Star Contest ini sebenarnya sedang berlangsung dan anda semua boleh menghantar penyertaan cepat-cepat sehingga tarikh 31 Disember 2012.

Kalau korang perasan, ada ads banner ‘besar-besar’ pasal peraduan ini semasa buka laman web Maybank2u.com.my. Kalau tak caya, korang bukak laman web Maybank2u ni sekarang.

[pullquote]Jika korang selalu layari Maybank2u untuk berurusan, comfirm boleh nampak banner Be A Maybank2u Star Contest ini.[/pullquote]

Nak tak nak, korang yang belum ada lagi akaun Maybank2u, kenalah apply ya sebelum menyertai peraduan ini. Sebabnya, memang dah menjadi satu syarat utama, setiap peserta peraduan ini mestilah ada akaun Maybank2u mereka sendiri.

Ala, tak rugi pun buka akaun Maybank2u. Budiey dari dulu lagi dah ada akaun Maybank2u dan sampai sekarang masih setia dengan Maybank untuk selesaikan segala urusan kewangan.

Sangat mudah dan cepat. Efisyen sangat. Tambahan pula, bila kita nak transfer wang kepada mana-mana akaun. Nak periksa akaun kad kredit Maybank pun senang sebab segala transaksi kita boleh pantau melalui laman web ini.

Tak perlulah, Budiey nak ceritakan secara terperinci kepentingan akaun Maybank2u. Selepas anda semua buka akaun, baru tau faedah dan kelebihannya. Selain banyak promosi dan tawaran hebat, Maybank2u juga ada peraduan yang menawarkan hadiah lumayan.

Contoh paling dekat dan terkini ialah Peraduan Be A Maybank2u Star ni. Budiey pun tak nak ketinggalan, mahu cuba jugak. Manalah tahu, ada rezeki nanti, wajah kita terpapar di papan iklan atau pun di iklan TV keluaran Maybank.

Okay, jom kita cuba sama-sama untuk join peraduan yang tengah di-highlight oleh Maybank2u ni.

1. Mula-mula sekali, layari www.Maybank2u.com.my/savemem2u , Sila pastikan ada sudah pun LIKE Facebook Maybank ya.

2. Kemudian, apa yang kita perlu buat ialah mencipta iklan kita sendiri dengan menulis kisah benar tentang bagaimana Maybank2u telah menolong kita membereskan segala urusan kewangan. Pendek kata, kita kena tulis slogan, ceritakan secara ringkas, kreatif dan menarik tentang pengalaman kita sepanjang mengguna Maybank2u.

Jika anda menang peraduan ini, Maybank2u akan menolong anda semua dengan memberi habuan lumayan. Ya, kali ini dengan memberikan wang tunai sebanyak RM5,000. Lumayan tu!

3. Yang penting, slogan kita tadi kenalah kreatif. Kalau boleh paling kreatif yang termampu. Kemudian, kita kena tulis headline atau tajuk besar-besar dan pilihlah satu gambar anda yang paling kelihatan macho dan jelita tu. ‘

4. Akhir sekali, upload gambar tu di www.Maybank2u.com.my/savemem2u. Itu sahaja. Senang kan?

Be A Maybank2u Star Contest

Orait, jom kita mulakan. Layari www.Maybank2u.com.my/savemem2u

Sila klik Go To App dan kemudian klik permision untuk kita izinkan Facebook Maybank2u ini dihubungkan dengan Facebook milik kita.

Be A Maybank2u Star Contest

Kemudian untuk join peraduan ini, klik Be A Maybank2u Star.

Be A Maybank2u Star Contest

Sekarang, anda boleh browse dulu mana-mana banner atau pautan sebagai info sampingan. Boleh tengok sendiri hadiah yang ditawarkan, baca dulu syarat dan terma-terma yang ditetapkan dan tak lupa, kalau tak tahu nak buat, haa, boleh tengok contoh yang disediakan, klik je Example of Ad.

Be A Maybank2u Star Contest

Haa, ini dia contoh. Dah tahu macamana nak buat, jom… Budiey pun nak buat dan hantar peraduan ini.

Be A Maybank2u Star Contest

Haa, Budiey tak banyak ambil gambar. Ni kita gambar paling machola kot. Tapi korang boleh juga letak gambar anda dengan ekspresi wajah yang terkejut ke, yang lucu ke, gembira ke, haa, kiranya melambang perasaan anda selepas menggunakan Maybank2u ni.

Be A Maybank2u Star Contest

Taraaa…. Semuanya dah selepas. Selepas upload gambar, kita isikan ruangan headlines dan deskripsi yang telah pun disediakan.

Be A Maybank2u Star Contest

Okay dah siap dan bolehlah hantar. Oh ya, jangan lupa isikan biodata diri anda di ruangan yang disediakan.

Kemudian klik SUBMIT.

Be A Maybank2u Star Contest

Okay, harap-harap, entri Budiey ni diterima sebagai pemenang la ya.

Tapi Budiey rasa tak puas hati… tapi tak pe, ada banyak masa lagi nak hantar entri yang lain.

Budiey diberitahu, kita boleh menghantar penyertaan sebanyak mana yang kita nak. Nak hantar sampai 100 penyertaan pun tak kisahlah. Asalkan yang penting, entri kita tu mestilah kreatif dan ada daya tarikan, ye tak?

Yang menariknya, kepada anda yang menghantar penyertaan untuk peraduan ini, anda akan menerima ganjaran sebanyak 15 mata di Facebook kredit. Ini bermakna anda akan diberikan 15 Facebook kredit untuk sekali penyertaan.

asus-nexus-7

Peraduan Untuk Penulis Blog
[dropcap]A[/dropcap]nda ada blog dan suka menulis blog? Haaa… ini ada berita baik untuk anda! Budiey diberitahu, ada hadiah ganjaran untuk anda berupa Asus Nexus 7 tablet di mana ada 3 unit akan diberikan kepada penulis blog. Wow! Bestnya la kalau dapat hadiah ni!

Okay cara untuk menyertainya… sangat senang. Alang-alang korang suka menulis blog ni. Caranya, adalah dengan menulis satu entri post tentang pengalaman anda selama menjadi pengguna setia Maybank2u. Misalnya, anda boleh ceritakan tentang bagaimana Maybank2u telah memudahkan menyelesaikan segala urusan kewangan anda. Terserah pada anda dan yang penting, entri post anda itu mestilah menarik dan ada keunikannya tersendiri.

Budiey cadangkan anda sertakan juga video menarik dan gambar-gambar anda sedang menggunakan Maybank2u dan sebagainya. Lagi menarik, lagi banyaklah peluang anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

[pullquote align=”right”]Hantar cepat! Peraduan ini akan tamat pada 31 Disember 2012.[/pullquote]

Selain itu, anda akan menerima mata bonus setelah anda menyertakan link atau pautan Peraduan Aplikasi Facebook Maybank2u di dalam entri post anda tu. Jadi, jangan lupa sertakan link itu dalam artikel anda tadi dan tak lupa juga, apa kata anda ajak kawan anda beramai-ramai menyertai peraduan ini.

Setelah siap siarkan di blog, jangan lupa emelkan link atau pautan entri anda tadi kepada [email protected] besertakan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telafon untuk dihubungi.

Cepat! Cepat sertai peraduan ini sebab tarikh tutup dah nak dekat ni. Peraduan ini akan tamat pada 31 Disember 2012.

Pergh! Budiey rasa, ini peluang terbaik untuk blogger kat luar sana untuk memiliki Asus Nexus 7 tablet yang canggih ni.

Apa tunggu lagi, jom join dan hantar penyertaan anda sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Mengapa Juri Anugerah Juara Lagu Ke 27 Dikurangkan

Sekitar Pelancaran Kasut Wanita Berjenama XALF