in , ,

Netizen Sebak Luahan Sayu BCL di IG Story Sempena Hari Jadi ke-37, Minta Doa Untuk Ashraf Sinclair

Setelah agak lama tidak kemaskini di media sosial, akhirnya penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menulis status istimewa di Instastory bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada Ahad lalu, khusus buat tatapan hampir 15 juta pengikut.

Menyambut ulang tahun kelahiran ke-37, hari ini, Bunga beroleh kekuatan untuk berkongsi entri selepas kembalinya ke rahmatullah suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, lebih sebulan lalu. Menurut Bunga, dia melalui perjalanan yang sukar selepas kematian suami, Ashraf Sinclair dan kini sedang berusaha melalui kehidupan tanpa insan tersayang di sisi.

Netizen Sebak Luahan Sayu BCL di IG Stories sempena ulang tahun ke-37, Minta Doa Untuk Ashraf Sinclair

Bunga berkata, pemergian suami bukanlah sesuatu yang mudah hendak dilalui.

“Saya tahu saya tiada post apa-apa kebelakangan ini kerana sejujurnya masih belum boleh… tapi untuk hari istimewa ini, hari jadi saya, saya mengambil keputusan untuk muat naik ini.

“Ini bukan perjalanan yang mudah tapi sedikit demi sedikit aku berusaha bangkit dan berjalan.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberikan… saya bertuah di kelilingi keluarga, kawan-kawan, peminat dan semuanya yang menyayangi dan selalu memberikan sokongan,” 

– IG Bunga Citra Lestari
Netizen Sebak Luahan Sayu BCL di IG Stories sempena ulang tahun ke-37, Minta Doa Untuk Ashraf Sinclair

Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham Ashraf.

Malah, dia turut berpesan kepada peminat supaya menjaga diri dan kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Netizen Sebak Luahan Sayu BCL di IG Stories sempena ulang tahun ke-37, Minta Doa Untuk Ashraf Sinclair
Gambar yang kini hanya tinggal kenangan

“Di hari ulangtahun saya ini, kalau boleh nak minta kirimkan doa untuk Ashraf dan juga doa untuk kita semua agar selalu dilindungi dari mara bahaya.

“Jaga keselamatan semua dan tolong duduk di rumah ya, kita jaga antara satu sama lain. Saya sayang anda!,”

– IG Bunga Citra Lestari

Sementara itu, adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair turut memuat naik status istimewa untuk kakak iparnya itu.

Netizen Sebak Luahan Sayu BCL di IG Stories sempena ulang tahun ke-37, Minta Doa Untuk Ashraf Sinclair

“Selamat hari jadi Unge, sebabkan kita senang mesra sampaikan saya lupa dah berapa lama kenal awak. Banyak masa kita lalui, berbual, ketawa dan seronok apabila berjumpa kamu.

“Saya sayang kamu dan seronok kamu menjadi kakak saya dan juga seorang kawan baik. Jumpa nanti kita buat kek ya. Love you so much!,”

– Adam

Kali terakhir Bunga memuat naik entri di IG adalah pada 14 Februari lalu iaitu video promosi projek duet istimewa lagu Menghapus Jejakmu bersama Ariel Noah.

Bunga juga turut menerima mesej selamat hari jadi yang dititip oleh peminat dan beberapa orang selebriti di ruangan komen. Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan sedih dengan apa yang menimpa BCL. Mereka berharap semoga BCL tabah menghadapi kehidupan mendatang.

Pada 18 Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian arwah Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Ashraf meninggalkan balu, Bunga dan anak, Noah Aidan Sinclair, berusia 10 tahun.

Terdahulu sebelum ini, BCL telah mengotakan janji untuk muncul dalam Konsert Romantic Valentine bersama Ronan Keating dan Christian Bautista di Pullman Central Park, Jakarta Barat walaupun masih terkesan dengan pemergian suaminya.

Al-Fatihah.

Netizen Sebak Luahan Sayu BCL di IG Stories sempena ulang tahun ke-37, Minta Doa Untuk Ashraf Sinclair

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia Catat Satu Lagi Kematian Covid-19, Petugas Kesihatan Pertama Yang Disahkan Maut

Saranan Perdana Menteri DUDUK DIAM-DIAM DI RUMAH Mendapat Respon Positif Rakyat