Setelah menerima sambutan hangat dengan kunjungan lebih 20, 000 pengunjung di Sungai Petani Kedah, Bazar Syukur Selalu, Johor Bahru pula menerima kunjungan seramai 30,000 orang lantas menamatkan siri penjelajahannya pada tahun ini. Menerusi kempen Syukur Selalu, Bazar Syukur Selalu kembali memeriahkan suasana bulan Ramadan tahun ini demi mempromosikan program-program Ramadan dan Syawal yang disiarkan di TV3 & TV9. Penganjuran Bazar Syukur Selalu juga bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara barisan artis dan penonton setia TV3 & TV9, serta mengumpul derma untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik menerusi jualan amal. Hasil kutipan jualan di bazar ini telah disalurkan terus ke Tabung Bersamamu.
30,000 Berbelanja Sambil Beramal Di Bazar Syukur Selalu Johor Bahru
[dropcap]P[/dropcap]ada hari Sabtu 18 Jun yang lepas, krew Bazar Syukur Selalu telah berkunjung ke Johor Darul Takzim buat kali keempat selepas penganjurannya bermula pada tahun 2013 (Bazar Seindah Ramadan 2013). Berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga 9.00 malam, di kawasan tapak bazar pekarangan letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor telah dibanjiri 30,000 orang pengunjung. [/pullquote]
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung di sekitar bazar itu ialah sesi gotong-royong, jualan amal, pengagihan bubur lambuk secara percuma, sesi ramah mesra bersama barisan duta Syukur Selalu & selebriti, alunan qasidah serta bacaan ayat suci Al-Quran, tazkirah ‘Celoteh Ramadan’ bersama Ustaz Safwan dan majlis berbuka puasa bersama keluarga asnaf dari sekitar dearah Pulai.
[pullquote align=”right”]Keluarga asnaf yang telah hadir terdiri daripada 30 orang kanak-kanak. Oleh itu, mereka turut menerima sumbangan duit raya, sebuah set minuman berkarbonat F&N, dan cenderahati eksklusif Syukur Selalu daripada Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.[/pullquote]
Majlis berbuka puasa tersebut juga disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Encik Mohd Rafiq Razali, barisan duta Syukur Selalu, para selebriti, dan pihak media.
Turut serta dalam aktiviti padang ini ialah barisan duta Syukur Selalu iaitu Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Hafidz Roshdi, Janna Nick, dan Raja Afiq serta penyanyi kepada lagu tema Syukur Selalu Black. Tidak ketinggalan juga selebriti-selebriti yang menyinari rancangan sepanjang bulan Ramadan di TV3 & TV9 seperti Syazuwan DFKL, Ruhainies, Wan Sharmila, Amyra Rosli, Luqman Hafidz, Fareez Mentor, Chiwan BMB, Ain Edruce, Chef Fikree, Dai Azam, Anis Al Idrus, Bell Ngasri, Falisha Crossley, Talha Harith, Syazwan Zulkifly, Nonny Nadirah, Nazrief Nazri, dan Azrel Ismail.
Encik Desmond Cheng, Pengurus Kanan, Kumpulan Komunikasi Konsumer, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,
“Bazar Syukur Selalu Johor Bahru merupakan satu kejayaan kerana berjaya mengumpul dana hampir RM10,000 hasil daripada jualan amal bazar itu. Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sedar akan tanggung jawab bersama dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Oleh itu, kami berbesar hati kerana dipilih menjadi salah satu medium untuk mereka berbuat demikian.
“Penjelajahan Kempen Syukur Selalu tidak berakhir lagi. Setelah berakhirnya Bazar Syukur Selalu di JB, dua lagi acara padang yang dinamakan Jom Masjid akan diteruskan, dimana acara ini akan lebih bertumpu kepada mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan serta mengetengahkan amalan moreh yang selalu menjadi amalan selepas solat terawikh. Jom Masjid akan memulakan penjelajahannya pada 22 Jun 2016 di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak dan seterusnya di Masjid Cina Al Muttaqim, Krubong, Melaka pada 26 Jun 2016. Para pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti ilmiah seawal jam 10 pagi di mana acara gotong royong membuat bubur lambuk diadakan dan pada jam 4 petang pula akan bermula aktiviti-aktiviti seperti rakaman program Al-Kuliyyah, bacaan ayat suci Al – Quran, tazkirah, berbuka puasa, solat maghrib, Isya dan berterawikh serta sesi tadarus Al-Quran bersama barisan artis yang kami bawakan.” tambahnya lagi.
Pelbagai juadah berbuka puasa yang telah dijual di Bazar Syukur Selalu Johor bahru itu. Antaranya adalah ‘Sate’, ‘Briyani Kambing’, ‘Laksa Johor’, ‘Ayam Madu’, ‘Kambing Panggang’, ‘Char Kuey Tiaw’ dan banyak lagi. Selain itu, Bazar Syukur Selalu itu juga telah mengagihkan lebih 4000 pek bubur lambuk buat para pengunjung secara percuma di gerai gotong royong.
Selain itu, Bazar Syukur Selalu turut dimeriahkan oleh tonton, CJ Wow Shop, F&N dan Pos Malaysia yang menyediakan siri aktiviti menarik. Para pengunjung juga boleh membeli cenderahati eksklusif Syukur Selalu di gerai Wow Bag.
Ingin tahu perkembangan dan info terkini tentang Syukur Selalu? Anda boleh muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu yang disediakan oleh Media Prima Labs secara percuma. Selain memaparkan program menarik di TV3, TV9, Tonton dan Hot FM, doa harian dan mutiara kata, paparan waktu bersahur dan berbuka puasa, kiblat, lokasi masjid, info terbaharu tentang Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid, profil duta Syukur Selalu, tips fesyen dan resipi istimewa yang disediakan oleh Berita Harian dan Harian Metro turut dimuatkan di dalam aplikasi ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu dan ikuti info terkini kempen #SyukurSelalu. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag SyukurSelalu (#SyukurSelalu)