Untuk sesetengah orang, bulan Ramadan menjadi bulan favorite. Bukan tak tahu, bulan Ramadan dijadikan bulan untuk berbelanja. Tak kira, belanja makan untuk berbuka atau berbelanja sakan untuk beraya. Ada orang yang suka makan, sanggup pusing ibu kota untuk mencari bazar Ramadan. Kalau musim begini, Bazar Ramadan tumbuh macam cendawan hidup selepas hujan. Bukan tak pandai nak masak sendiri, tapi orang kata kalau beli di Bazar Ramadan ini baru ada feel sikit. Baru meriah dan havoc sikit suasana. Sanggup berletih kelaparan dan bersesak-sesak semata-mata untuk merasa juadah berbeza. Huh! Kalau Budiey-lah… tak sanggup nak berhimpit-himpit dan beratur.
Kepada korang yang mencari makanan untuk berbuka, jom kita tinjau lokasi bazar Ramadan yang famous dan fabulous kat KL!
1. Bandar Baru Sentul
Ha! Mula-mula kita tinjau dulu tempat yang berdekatan dengan rumah Budiey ni. Seawal jam 4 petang lagi, kita boleh tengok lebih 40 tapak yang disediakan dah mula sesak dengan penduduk berdekatan. Kekadang jadi padat dan sesak sebab peniaganya dan pengunjung yang begitu ramai. Kebanyakannya, saya lihat ramai peniaga dari Kelantan. Yang sedap kat sini ikan bakar, ayam golek dan lauk pauk masakan Melayu pun memang delicious habis. Kalau nak cari roti jala enak, jomlah singgah sat kat sini.
2. Gombak
Sekiranya melalui sekitar Pasar Besar Gombal pada Ramadan ini, parking kereta anda dan tinjau juadah yang dijual di sini. Dibuka dalam jam 3 petang hingga 8 malam. Rugi tak pekena Keow Tiownya yang menyelerakan. Ramai student UIA cari makanan kat sini.
3. Jalan Cheng Lock (Kotaraya)
Antara tempat tumpuan yang sibuk giler dan tak pernah lenggang sepanjang masa. Sibuk dengan ramai penjaja yang membuka gerai sepanjang Jalan Cheng Lock. Terdapat dua lokasi yang boleh dituju iaitu hadapan Bangunan Cahaya Suria dan sebelah farmasi Gurdian bermula jam 2 petang hingga 8 malam. Makanannya tak payah nak cerita, carilah kuih dodoi atau lemang, bisa ketemu kat sini.
4. Bangsar
Memang setiap tahun Jalan Telawi 1 jadi medan makan bagi yang gemar membeli dari memasak sendiri. Kalau dibilang, mungkin ada 100 lebih gerai ada dekat kawasan Bangsar ini. Pilihlah Nasi Berlauk kat sini katanya memang best. Tapi kena hati-hati juga, pilih gerai yang bersih sikit. Nanti tak pasal pulak keluar masuk tandas. Masalah kat sini ialah parking. Kalau anda terjumpa dengan selebriti terkenal, jangan terkejut lah… buat biasa-biasa je… buat-buat tak kenal je diorang ni… sebab memang kawasan diorang kat sini.
5. Wangsa Maju
Banyak kawasan bazar ramadan, antaranya Seksyen 1, Wangsa Maju yang punya banyak masakan seperti ayam percik dan kebab. Tak sampai jam 6 petang lagi, dah habis semua jualan, camna tuh?
6. Jalan Masjid India
Satu lagi kawasan tumpuan untuk juadah berbuka. Nak tak nak kena terima hakikat kawasan macam ni memang sesak gila sampai nak bergerak pun susah. Tetapi anda boleh pilih samada TAR 1, 2, 3 atau hanya nak ke Tapak Wakaf Pemuzik Buta. Budiey biasanya akan ke sini sekitar minggu pertama nak raya sebab dekat juga dengan gerai-gerai untuk baju raya dan kuih muih serta biskut raya. Sambil shopping raya, boleh berbuka di restoran berdekatan seperti Restoran Insaf yang terkenal dengan nasi berianinya yang sedap sehingga menjilat jari tu. Parking kereta pun susah kat sini lebih-lebih lagi pada musim hujan, takut jugak kalau banjir dan mungkin akan menenggelamkan kereta anda. Jadi berhati-hati deh. Nak selamat datang je dengan LRT.
7. Setiawangsa
Ramai yang datang kat Setiawangsa 11 ni untuk mendapatkan Ikan Pari Bakarnya yang sentiasa tak cukup stok. Setiap tahun memang tak putus dikunjungi pelanggan walaupun raya cuma tinggal 3 hari lagi.
8. Datuk Keramat
Satu lagi kawasan syurga makanan selain dari Kampung Baru. Ada macam-macam masakan dari setiap negeri khususnya nasi Kerabu dari gerai Makcik Kelantan tu… Fuh meletop!
9. Jalan Haji Taib
Memang famous lah tempat ni kan. Siapa yang tak tahu tu, memang agak janggallah sebab jalan ni jadi tumpuan untuk membeli belah untuk persediaan raya jugak. Makanan kat sini biasa saja tapi Laksa Penang dan tepung pelita tu yang jadi first choice kat sini. Bagi anda yang nak shopping raya, dapatkan bunga-bunga hiasan hingga ke karpet yang menawan. Pada anda yang bekerja siang hari tu, boleh datang lewat selepas terawih sebab banyak gerai biasanya akan tutup dalam jam 12 tengah malam. Cuma kena pandai cari parking je.
10. Kampung Baru
Woo! Jangan cakaplah tempat ni, kalau bukan bulan puasa pun memang jadi syurga makanan bagi masakan Melayu. Boleh saya katakan bazar Ramadan di sini antara yang paling ramai pengunjungnya. Peniaga pun apa lagi, inilah masanya nak kaut untung berjuta-juta rupiah. Bilang saja… nasi ayam, mee bandung, roti john dan macam lagi lah anda boleh dapati semua kat sini.
11. Taman Melati
Bertempat di tapak pasar malam Taman Melati, ramai yang kata juadah dijual kat sini memang best. Payung-payung gerai mula dinaikkan dari jam 3 petang hingga 8 malam. Pendek kata, tak rugi kalau tinjau kat sini. Nak-nak cuba beli sup lidah dan tulang tu, wallah… sedap tuuu… makan sama nasi.
12. Taman Tun Dr Ismail
Bagi penduduk kat sini, tak perlu berletih keluar ke KL untuk beli juadah berbuka. Tak payah pening fikir pasal tempat parking dan traffic jam, dengan mudah anda boleh membeli makanan favorite anda kat sini. Kalau setakat datang jam 6 petang, dan nak beli kerabu mangga tu… tak jadi masalahlah.
13. Kampung Kerinchi
Setiap tahun, Bazar Ramadan kat sini semakin meningkat pengunjungnya. Padat. Kalau setakat nak ronda-ronda tu, bolehlah cuci mata tengok kuih berbuka. Jangan nak tengok benda lain sudah la ya. Nanti kurus puasa korang.
Okay setakat itu sahajalah senarai lokasi Bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur ni. Sebenarnya banyak lagi Bazar Ramadan yang tumbuh bak cendawan.
Bazar Ramadan manakah yang selalu menjadi pilihan anda?
[tags]bazar ramadan, Bandar Baru Sentul, Kampung Kerinchi, Taman Tun Dr Ismail, Kampung Baru, resepi berbuka puasa, waktu imsak dan berbuka puasa, syarifah aini digam rtm, bekalan ayam, perkeso, persatuan pengguna, dbkl, rakaman fara joget lambak, kuih muih raya, biskut raya, resepi juadah berbuka, resepi biskut raya, juadah hari raya[/tags]