in

Bazaar Ramadan Jalan TAR Tuanku Abdul Rahman

Bazaar Ramadan: Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali Jalan TAR sentiasa menjadi tumpuan orang ramai tidak kira masa terutama kali ketika menjelangnya hari perayaan. Bulan ramadan juga tidak terkecuali.

Terdapat banyak bazaar di sekitar Kuala Lumpur, namun Jalan TAR yang terletak di tengah-tengah ibu kota ini sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendapatkan segalanya daripada juadah berbuka sehinggalah kelengkapan persiapan menyambut Hari Lebaran.

Bazar Ramadan

Pelbagai jenis juadah yang dijual tetapi apa yang kami dapat lihat, antara gerai yang sentiasa sesak dengan orang ramai sebelum berbuka puasa adalah gerai cendol dan air mata kucing. Pastinya ia dapat menyegarkan tekak anda selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Tambahan pula ia dijual dengan harga berpatutan iaitu RM2.00 sahaja. Pastinya berbaloi buat pembeli yang sanggup beratur panjang dan menunggu lama bagi mendapatkan cendol atau air mata kucing ini.

Boleh dikatakan pengunjung akan rambang mata dengan aneka juadah yang dijual itu tetapi awas! Jangan berbelanja berlebihan sehingga wujudnya pembaziran.
Lokasi Jalan TAR yang strategik terletak di tengah-tengah ibu kota ini sememangnya sentiasa sibuk. Namun bagi mereka yang enggan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, bolehlah menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan juga tren LRT.

Stesen LRT berhampiran dengan bazaar Jalan TAR adalah Masjid Jamek dan ia hanya mengambil masa lebih kurang lima minit berjalan ke bazaar tersebut.
Disarankan jika anda mahu membeli juadah di Jalan TAR, anda dinasihatkan untuk pergi awal atau jika tidak, anda mungkin terpaksa berbuka puasa di dalam kereta akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. via Yahoo! Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Ilaika Yusuf Lakonan Jue Aziz dan Azam Pitt

Summer Brothers