Ruhainies menjelaskan bahawa dia tidak menandatangani kontrak atau menerima bayaran dari pihak terbabit. Menurutnya, dakwaan tersebut hanya bertujuan untuk merosakkan reputasinya.
Isu ini sebenarnya sangat ‘straightforward’ (jelas). Saya tidak menandatangi sebarang kontrak sebagai duta kepada produk tersebut. Bayaran pun masih ada masih tertunggak, kontrak pun belum tandatangan.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Siapa yang mahu bekerja tanpa bayaran kan? Takkan nak kerja percuma?â€
– Ruhainies
Ruhainies menjelaskan bahawa dia tidak pernah menandatangani kontrak sebagai duta produk tersebut dan masih menunggu bayaran yang tertunggak, jadi tidak masuk akal untuk berkerja tanpa bayaran.
“Jangan ada niat jahat dalam berniaga,â€
– Ruhainies
Beliau menasihati pengasas produk agar berurusan secara jujur dan tidak mempunyai niat jahat dalam berniaga.
Pada hari ini, pihak Aurebelle Beauty mengumumkan niat mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ruhainies atas tuduhan tidak menjalankan tugas sebagai duta produk mereka, Mixberries Royal Women, dan melanggar kontrak dengan menarik diri dari peranan tersebut.