Lepas pengumuman pakej rangsangan ekonomi prihatin oleh Perdana Menteri, ramai pihak menarik nafas lega dengan bantuan daripada kerajaan. Namun tak lama lepas itu, ada beberapa selebriti mula bersuara, yang sepatutnya mereka turut mendapat inisiatif daripada pakej tersebut, kerana mereka telah banyak berjasa kepada negara.
Bagaimanapun netizen melihat tindakan tersebut sebagai OVER kerana pendapatan mereka sudah cukup tinggi jika dibandingkan dengan golongan lain yang lebih susah dan memerlukan.
Jadi, bermula daripada kes itu pelbagai ‘penyelidikan’ dilakukan warganet sehingga keluarlah senarai jumlah bayaran dan pendapatan diperoleh golongan artis dan influencer seperti yang dikongsikan di twitter ini.
Bagaimanapun kami tak dapat nak pastikan kesahihan tentang senarai jumlah bayaran dan pendapatan selebriti.
Cuma bila ada perkongsian sebegini, ia membuatkan netizen kecewa dengan permintaan ‘sesetengah’ artis terhadap pakej rangsangan ekonomi tersebut.