Penyanyi Bandi Amuk berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan imej bertopeng meskipun dibayar dengan jumlah yang tinggi untuk mendedahkan wajahnya.
Memetik mStar Online, Bandi atau nama sebenarnya Nashabandi Jumat berkata jika dia membuka topeng tersebut seperti mensia-siakan perjuangan dalam dunia muzik rock selama ini.
“Sebenarnya ramai orang di luar sana sudah tahu siapa Bandi tapi untuk saya buka topeng dan dedahkan kepada umum wajah sebenarnya mungkin tidak.
– Bandi Amuk
“Kerana perjuangan saya dengan kumpulan Amuk sudah masuk 28 tahun, jadi buka topeng ini satu perkara yang sia-sia sebab sudah berjuang lama untuk imej ini dan rasa macam derhaka pula dekat Amuk,â€
 “Topeng ini sebenarnya ada rezeki saya, terima kasih kepada arwah Encik Azmi yang bersama saya, kalau dulu ada orang tawar satu juta baru buka topeng tapi sekarang mungkin tak kot,â€
Dalam pada itu, Bandi berkata topeng yang dipakai dan sudah sinonim dengan dirinya sejak 25 tahun lalu adalah rezeki buat dirinya.