in

Bausch + Lomb Lancar Produk Baru renu® Sensitive™

Bausch + Lomb Memperbaharui Portfolio Larutan Kanta Lekap Serba Guna Untuk Pilihan Yang Lebih Jelas Bagi Pengguna Asia

Larutan kanta lekap serba guna renu® Sensitive™ bakal berada di lima lagi pasaran Asia, termasuklah Malaysia

Bausch + Lomb, jenama utama dalam penjagaan mata, kini telah memperbaharui dan meluaskan portfolio produknya, bagi pengguna Asia, dengan satu tambahan baru dalam portfolio larutan serba gunanya yang menawarkan pilihan yang jelas agar pengguna Asia dapat memilih larutan renu® dengan lebih mudah.

Pembaharuan tersebut juga melibatkan pelancaran larutan serba guna renu® Sensitive™ di lima lagi pasaran Asia dan perubahan dalam pembungkusan produk larutan renu® Fresh™ dan renu® Sensitive™ di mana ia memberi jenama tersebut nafas baru serta lebih kontemporari. Larutan renu® Sensitive™ bakal didapati di lima pasaran yang terdiri daripada Malaysia, Hong Kong, Australia, India dan Singapura.

Larutan serba guna renu® Fresh™ memberikan keselesaan sepanjang hari dalam penggunaan kanta lekap, dengan kebolehan disinfeksi yang tiada tandingan, serta pembuangan deposit protein yang berkesan bagi kanta lekap lembut. Larutan ini juga menjaga permukaan kanta lekap dengan mengekalkan kelembapan dan memberi keselesaan sepanjang hari.

Larutan serba guna B+L renu® Fresh™

Larutan serba guna renu® Sensitive™ mempunyai rumusan yang lembut bagi mata yang sensitif. Larutan ini mempunyai keberkesanan yang sama seperti renu® freshTM, tetapi produk variasi ini dikhususkan kepada pengguna kanta lekap yang mempunyai mata sensitif.

Larutan serba guna B+L renu® Sensitive™

Menurut penyelidikan atas simptom dan keperluan di kalangan pengguna yang diperolehi dari kajian Bausch + Lomb (Kajian Insiden Simptom & Keperluan, Laporan Kawasan Asia, Dis 2009), hampir separuh daripada pengguna kanta lekap mengalami mata sensitif dan mempunyai simptom berkaitan seperti mata merah dan mata gatal.

renu® Sensitive™ dirumuskan khas agar ia bertindak lebih lembut pada mata. Larutan ini membersihkan dan menyediakan disinfeksi yang berkesan bagi pengguna kanta lekap melalui amalan mudah iaitu “gentle rub”bagi memastikan bahawa partikel yang mengganggu itu dihilangkan.

renu® Fresh™ dan renu® Sensitive™ juga dirumuskan secara khusus bagi menggalakkan air

mata mengalir ke arah kanta lekap, menghasilkan lapisan kelembapan antara kanta lekap dan permukaan mata. Kedua-dua larutan, dengan pembungkusan barunya, bakal didapati di Jepun, Malaysia, Hong Kong, Australia, India, Singapura, China dan Korea. (renu® Fresh™ belum didapati di negara China).

“Portfolio larutan serba guna Bausch + Lomb menawarkan pilihan jelas dalam memilih produk yang sesuai bagi para pengguna kanta lekap yang mempunyai keperluan tertentu,” kata David Edwards, Presiden dan Naib Presiden Korporat, Bausch + Lomb Asia Pasifik. “Dengan lebih memahami pengguna, kami dapat menawarkan produk yang lebih berkesan dalam memenuhi keperluan golongan tertentu di kalangan mereka yang memakai kanta lekap.”

Bungkusan terkini renu® Fresh™ dan renu® Sensitive™ diberikan nafas baru serta lebih kontemporari. Seiring dengan pembungkusan baru, Bausch + Lomb turut memperkenalkan rekaan botol lut sinar yang membolehkan pengguna melihat berapa banyak larutan yang masih belum digunakan, serta menilai kejernihan larutan tersebut dari luar. Botol tersebut menggunakan PET iaitu sejenis barangan plastik yang boleh dikitarkan semula agar pengguna dapat membuat pilihan yang mesra alam.

Lindungi mata anda dengan penjagaan kanta lekap yang betul

Seiring dengan komitmen Bausch + Lomb dalam menekankan amalan penjagaan kanta lekap yang betul, Bausch + Lomb kini sedang menganjurkan kempen pendidikan tentang penjagaan kanta lekap di Lembah Kelang dan bandar-bandar besar di Malaysia.

Bersama dengan AMO (Persatuan Optometri Malaysia), sempena Program Pendidikan Optometri, Bausch + Lomb telah menjemput Dr Carole Maldonado-Codina untuk berkongsi pendapatnya dengan ahli-ahli AMO dalam sebuah ceramah tentang “Kesan Kornea: Adakah kita memahami apa yang kita lihat?”

Dr Maldonado-Codina merupakan ahli terkemuka dalam British Contact Lens Association dan juga seorang pensyarah dalam bidang Optometri serta merupakan Pengarah Gabungan bagi Eurolens Research di University of Manchester, UK.

Bausch + Lomb dan pengamal penjagaan mata berganding bahu bagi memastikan pemakai kanta lekap sentiasa mengamalkan penjagaan kanta lekap yang betul bagi mengelakkan jangkitan kuman pada mata.

“Pengamalan penjagaan kanta lekap yang betul adalah amat penting, terutamanya bagi mereka yang mempunyai mata yang sensitif. Oleh itu, pemakai kanta lekap harus mengamalkan penjagaan kanta lekap yang betul serta membuat pilihan yang tepat agar menggunakan larutan serba guna yang elok dan mempunyai kuasa disinfeksi yang tinggi,” kata Leong Set Fee, Pengerusi Akademi Optometri Malaysia.

Pengamal penjagaan mata juga menasihatkan para pengguna kanta lekap tentang penjagaan kanta lekap yang betul, termasuklah sentiasa membasuh tangan sebelum menangani kanta lekap, membersih kanta lekap dengan menggunakan larutan, menukar bekas kanta lekap pada masa-masa yang ditetapkan serta menjalani pemeriksaan mata.

renu® Fresh™ dan renu® SensitiveTM, yang boleh didapati dalam botol bersaiz 355ml dan 120ml, kini terdapat di kedai-kedai optik, farmasi serta pasar raya besar seluruh Malaysia.

Tentang renu® Fresh™
Larutan serba guna renu® Fresh™ menawarkan keselesaan penggunaan kanta lekap sepanjang hari.
Membuang protein, membersih dan menjaga pemakaian kanta lekap anda.
Ramuan yang terbukti secara klinikal dalam membuang protein. Tiada pengumpulan protein menjadikan kanta lekap bersih dan memberi pandangan yang jelas.
Kuasa disinfeksi yang tiada bandingan, agar anda dapat memakai kanta lekap dengan lebih keyakinan.
Menjaga permukaan kanta lekap anda dengan mengekalkan kelembapan dan memberi keselesaan sepanjang hari.

Tentang renu® Sensitive™
Larutan serba guna renu® Sensitive™ menggunakan formula yang lembut bagi mata sensitif, namun tetap efektif.
· Lembut namun efektif.
· Menyediakan disinfeksi yang berkesan bagi penggunaan kanta lekap yang selamat.
· “Rub” kanta lekap anda sewaktu mencucinya agar partikel yang mengganggu dapat dihilangkan.

# # #

Tentang Bausch + Lomb
Bausch + Lomb berdedikasi dalam membawa idea-idea pembaharuan bagi kesihatan mata. Antara perniagaan utamanya termasuklah produk kanta lekap dan penjagaan kanta lekap, alat dan instrumen pembedahan mata, serta ubat-ubatan bagi mata. Jenama Bausch + Lomb merupakan antara jenama penjagaan kesihatan yang paling terkenal dan diiktiraf di seluruh dunia. Ditubuhkan pada 1853, syarikat ini berpusat di Rochester, N.Y.,dan mempunyai lebih daripada 10,000 pekerja serata dunia. Produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.bausch.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Lagenda Budak Setan Bakal Cetuskan Fenomena

Rozita Che Wan Seksi Pakai Skirt Pendek di Konsert AF8