in

Bausch + Lomb Lancar Lacelle™ Jewel Penampilan Khas Atikah Suhaime

Bausch + Lomb melancarkan Lacelle™ Jewel, kanta lekap berwarna pakai buang bulanan di Malaysia dengan cara yang penuh glamor. Kanta lekap bulanan pakai buang ini telah mula muncul buat pertama kali di Asia.

Integrasi teknologi terkini dalam Lacelle™ Jewel mempunyai rekaan kanta unik yang meningkatkan kejelasan penglihatan kanta. Rekaan kanta yang nipis yang mana ketebalan bahagian tengahnya ialah 0.078mm, akan memberikan lebih keselesaan kepada pemakai kanta lekap. Bahan kanta ini dengan kandungan air sebanyak 38% memberikan keselesaan terbaik. Bahan ini juga meminimakan penambahan protein untuk keselesaan dan kebersihan pemakai kanta.

Bausch + Lomb Lancar Lacelle™ JewelRekaan Lacelle™ Jewel menggelap dan membesarkan iris untuk memaparkan mata yang lebih besar secara semulajadi dimana dengan pemakaian Lacelle™ Jewel mata akan menjadi lebih jelas dan cerah, tampak lebih semula jadi dan tidak palsu. Ini disebabkan oleh corak permatanya yang unik dan berwarna-warni yang lebih mendalam dan bersinar. Faktor Lacelle™ Jewel yang menakjubkan ialah penggabungan warna bahan kanta yang dimasukkan melalui teknologi untuk memberikan lebih keselesaan dan kesihatan mata yang baik. Dengan teknologi terkini dan integrasi teknologi warna yang baharu dipertingkatkan, siri Lacelle™ Jewel merupakan kanta lekap bewarna yang paling signifikan. Komponen ini memberikan rupa yang lebih memikat dan menarik. Dengan variasi 7 warna sebagai pilihan, ianya boleh disuai padan dengan pakaian pilihan harian untuk meningkatkan keseluruhan gaya anda samada untuk keluar berjanji temu atau hanya untuk memberikan kesan yang memukau dengan mata berkilau segar dan pada masa yang sama memberi tumpuan kepada penglihatan yang terbaik. Corak permata pada kanta lekap ini memberikan kesan yang sangat mempesonakan. Bausch + Lomb Lancar Lacelle™ Jewel

Gemerlapan dengan Permata! Mata penuh Glamor dengan Corak Permata

Melanite Black – Memberikan rupa pemalu kepada sipenggoda yang pastinya akan menarik minat. Sederhana tetapi sofistikated.

Topaz Brown – Gemerlap asli yang menjadikan mata lebih menyerlah mengikut naluri. Serta mudah didekati.

Crystal Gray – Memberikan aura misteri dengan gaya beriluminasi. Keseimbangan diantara dramatik dan kemeriahan.

Amber Brown – Peramah dan merendah diri yang bersesuaian dengan tahap sofistikasi dan elegan. Kelihatan bergaya dan mewah dengan kilauan itu.

Amethyst Violet – Memberikan sinaran mata yang signifikan melalui rona yang menunjukkan keriangan dan keberanian. Meninggalkan kesan yang penuh kemewahan.

Sapphire Blue – Untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih berani dan tidak gentar dilihat dengan kilauan Kristal yang memberikan personaliti yang ideal. Keyakinan dan ketenangan dipamerkan.

Peridot Green – Hebat dipadankan dengan sebarang warna kulit dan memberikan sinar mata yang menenangkan. Aura yang jelas menyegarkan.

“Siri terbaru Lacelle™ Jewel ini sangat menarik dan pasti sesuai dengan gaya remaja hari ini kerana ianya menyerlahkan mood riang untuk berpesta kepada pemakainya tanpa melupakan faktor terpenting iaitu keselamatan dan keselesaan yang menjadikan Lacelle™ Jewel ternyata lain daripada yang lain”, kata Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch + Lomb, Singapura & Malaysia. Faktor estetik memang tidak syak lagi suatu aspek yang penting untuk pengguna-pengguna kanta lekap berwarna dan yang pasti, Bausch + Lomb tidak mengabaikan pertimbangan penting mengenai keselesaan memakai kanta lekap semasa membangunkan, meningkatkan, dan merekabentuk kanta lekap mereka.

Kanta-kanta ini mengandungi standard pigmen yang disahkan oleh FDA menunjukkan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk memastikan perlindungan untuk para penggunanya. Jadi tidak perlu risau dengan siri Lacelle™ Jewel! Kanta-kantanya juga tahan daripada deposit protein mata menjadikannya selamat untuk dipakai dan mengelakkan ketidak selesaaan pada mata di akhir hari pemakaiannya. Kanta Lacelle™ Jewel telah dibuktikan tidak toksik dan tidak merengsakan mata kerana Lacelle™ mengamalkan warna tambahan yang selamat.

Lacelle™ Jewel telah menyebabkan keghairahan di kalangan orang ramai semasa acara pelancarannya di Sunway Pyramid. Tetamu artis selebriti Atikah Suhaime mendendangkan lagunya kepada para hadirin dengan personalitinya yang menarik serta vokal yang mantap sementara artis sensasi internet You Tube rantau ini, Joyce Chu memikat malam itu, menghiburkan peminat yang sangat teruja, dengan lagu popularnya Malaysian Charbor, yang dicipta khas oleh pencipta lagu Malaysia, Namewee. Joyce Chu juga bekerja sama dengan Bausch + Lomb untuk sebuah kerja amal dengan mempersembahkan senaman mata Bausch + Lomb kepada para hadririn yang turut serta memberikan tindak balas yang memberangsangkan. Pada malam itu juga, kumpulan tarian hip hop Soul Krazy turut memikat para hadirin.

Pada hari Sabtu, terdapat pula persembahan istimewa oleh penyanyi dan pencipta lagu Malaysia, Diandra Arjunaidi , dan juga kumpulan gadis-gadis Malaysia, De’Fam. Pada hari Ahad, persembahan tarian dan nyanyian istimewa akan dipersembahkan oleh artis Youtube popular tanahair, Elizabeth Tan dan kumpulan tarian hip hop Hyperactive.

Pelbagai acara jelajah Lacelle™ Jewel akan diadakan di institut-institut pengajian tinggi di Lembah Klang ddan di antara lokasi popular ialah Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Terdapat banyak aktiviti riang dan permainan akan dianjurkan untuk hiburan orang awam.

Kanta lekap Lacelle™ Jewel akan mula dijual dari 1hb September 2015 di semua kedai peniaga optik utama. Ianya merupakan tawaran baru tambahan kepada Lacelle™ dan Lacelle™ Colours yang sedia ada.

Siri Lacelle™ Jewel dijual pada harga RM68 sekotak.

Bausch + Lomb Lancar Lacelle™ JewelBausch + Lomb Lancar Lacelle™ Jewel

Mengenai Bausch + Lomb
Bausch + Lomb, sebuah syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc. ialah sebuah organisasi kesihatan mata yang utama menumpukan kepada melindungi, mempertingkatkan, dan memulihkan penglihatan rakyat. Perniagaan utama kami termasuklah farmasutikal optalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta, peralatan dan peranti pembedahan optalmik. Kami membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan salah satu daripada portfolio produk yang paling komprehensif di dalam industri ini dengan produk-produk yang boleh didapati di 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah dari 43 pejabat global yang mengedarkan jenama penjagaan kesihatan mata profesional dan konsumer seperti BioTrue®, PureVision, SoftLens, Lacelle™, Renu dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari & Scha Alyahya Jayakan Sehati Sejiwa Bersama Schawal

TV3 Siar Drama Pilihan Anugerah Skrin 2015