in , ,

Batik Restaurant: Makanan Lazat Kala Bercuti di Seminyak Bali

Walau bagaimanapun, oleh kerana Bali merupakan sebuah pulau yang mempunyai penduduk berbilang agama dan bangsa, para pelancong Muslim perlu memastikan makanan yang dimakan adalah halal.

Kala berada di Bali, banyak juga tempat-tempat makan yang menawarkan sajian enak serta halal, namun terdapat beberapa restoran di Bali yang mengungguli senarai pilihan hidangan serta menu terbaik di sana.

Batik Restaurant

Salah satu restoran yang dimaksudkan adalah Bali Restaurant yang terletak di kawasan popular, Seminyak. Restoran ini menawarkan ajnas pilihan makanan yang menggunakan daging halal dalam menu mereka.

Terletak di Jalan Kayuaya di Seminyak Batik Restaurant akan membuat para tamu berasa sangat selesa kerana layanan pekerjanya yang ramah mesra.

Batik Restaurant

Mempertaruhkan konsep warisan dan seni peninggalan Batik Indonesia, ia bukan sahaja sesuai untuk makan tetapi juga tempat yang cantik untuk mengambil gambar.

Di samping pilihan sajiannya yang menyelerakan, mereka juga mempunyai perkhidmatan ekstra yang membolehkan tamu untuk mempelajari serba sedikit tentang pembuatan batik Indonesia.

Batik Restaurant

Senireka dalamannya yang unik turut dihiasi dengan aneka bentuk produk serta motif Batik yang menarik. Malah anak tangga menuju ke tingkat atas juga dihiasi dengan motif batik serta nama-nama kota Indonesia yang mengeluarkan hasil batik mereka sendiri.

Soal hidangan pula memang tidak mengecewakan sama sekali. Antara hidangan halal pilihan tamu adalah sajian pembukanya seperti Thai Style Crab Cake, Lumpia, Wonton dan banyak lagi.

Tidak lupa juga hidangan utama seperti Crying Tiger berupa daging lembu bakar dengan sos manis, Crispy Roasted Duck Leg iaitu Peha Itik Panggang, Thai Chicken Cashew Nuts merupakan gabungan ayam dan gajus dan sudah tentunya makanan khas Bali, Ayam Betutu yang enak.

Itu baru sebahagian saja dari menunya sedangkan restoran ini mempunyai lebih banyak hidangan menarik yang lain.

Satu lagi yang mesti dicuba sudah tentulah pencuci mulut unik mereka seperti, Pisang Goreng dengan Aiskrim, Apple Crumble, Pandan Sweet Pudding, dan juga Coconut Pannacotta.

Dengan lokasi pusat pelancongan serta membeli-belah yang terletak di Seminyak wajarlah untuk beristirehat sejenak dan mencuba hidangan yang tersedia di Batik Restaurant.

Bukan sahaja harga makanannya berpatutan dan senireka dalmannya ada cerita tersendiri tetapi kualitinya yang enak dan lazat menjadikannya pilihan yang sesuai buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati makanan yang halal dan sedap!

Keterangan lanjut layari www.batik-bali.com

oleh Shah Shamshiri
Batik Restaurant
Batik Restaurant
Batik Restaurant
Batik Restaurant
Batik Restaurant
Batik Restaurant
Batik Restaurant
Batik Restaurant

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SANGKAR Bersedia Ke Gelanggang Pawagam Dengan Paksi Promosi Terbesar 2019

Ini Kisah CIKGU PENCEN Bertemu Jodoh Lakonan Bella Dally