Terbaharu, dia dijangka beraksi mewakili pasukannya menentang CS Maritimo pada aksi Primeira Liga di Estadio dos Barreiros pada Sabtu.
Spekulasi mengenai penampilan itu kuat diperkatakan selepas portal bola sepak Portugal, A Bola memaklumkan pemain itu mempamerkan aksi cemerlang sewaktu sesi latihan yang diadakan.
“Safawi Rasid yang dipinjamkan daripada Johor FC mengagumkan pada sesi latihan dan dijangka menjadi antara pertaruhan jurulatih, Paulo Sergio untuk aksi bertemu CS Maritimo di tempat lawan.
“Safawi mula menjalani latihan sejak minggu lalu dan berada dalam rentak yang kompetitif memandangkan dia sudah beraksi dalam liga di negaranya sebelum ini.
“Dia tampak menyesuaikan diri dengan baik dan gigih memburu peluang untuk bersama pasukan,” kata portal bola sepak tempatan itu.
“Dia emnunjukkan prestasi mengagumkan sewaktu sesi altihan dan dijangka dipertaruhkan oleh jurulatih Paulo Sergio untuk berlawanan bersana CS Maritimo.
“Dia memulakan latihan pada minggu lalu dan berada dalam rentak kompetetif.
“Dia juga boleh menyesuaikan diri dengan baik dan komited mencari peluang bersama pasukan itu,” ujarnya.
Terdahulu, Safawi berlepas ke Portugal untuk meneruskan karier bola sepaknya di Eropah dengan menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonse SC.
Dia muncul sebagai pemain kedua negara beraksi di liga utama Eropah seelpas Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.