Menerusi video dikongsikan di TikTok, Emma ada berkongsikan majlis akikah anak keduanya itu buat tatapan ramai.
Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Emma dilihat menukung anak sulunngnya sedangkan masih dalam tempoh berpantang.
Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa seriau melihat Emma duduk bersila sedangkan baru beberapa hari saja bersalin.
Sementara itu, diruangan komen Emma dilihat ada membalas komen netizen meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua pengalaman bersalin tidak mengalami koyak dan dijahit.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menitipkan nasihat buat pelakon itu supaya menjaga kesihatan tubuh selepas bersalin.