BARISAN PELAKON ATTACK THE BLOCK
ATTACK THE BLOCK bermula dengan babak di mana Jodie Whittaker yang membawakan watak seorang jururawat bernama Sam, sedang berjalan pulang sejurus keluar dari stesen keretapi bawah tanah setelah tamat shif yang meletihkan di mana dia telah disamun oleh sekumpulan remaja yang yang memakai hud. Kejadian tersebut terganggu seketika berikutan sebiji tahi bintang telah jatuh menimpa sebuah kereta berhampiran. Ia memberi peluang Sam meloloskan diri meskipun dalam masa yang sama dia masih lagi tidak percaya dengan kejadian-kejadian yang berlaku.
Kebanyakan filem akan menumpukan kepada Sam untuk adegan seterusnya namun tidak bagi ATTACK THE BLOCK. Ia terus memfokuskan kepada remaja-remaja tadi – Moses, Pest, Dennis, Jerome dan Biggz – di mana mereka bertembung dengan makhluk asing bersaiz kecil namun agak ganas yang muncul dari bangkai kereta yang ranap tadi.
Selaku pengarah yang pertama kali mengarahkan filem, Cornish menyedari risiko yang bakal diterimanya dengan mengambil lima orang pelakon yang turut sama kurang berpengalaman selaku watak utama – namun ia satu cabaran yang perlu digalasnya, menghadiri bengkel-bengkel lakonan dan kelab-kelab hiburan remaja yang pernah dikunjunginya bersama Pengarah Pencarian Bakat, Nina Gold dan Lucy Pardee. Dan hasilnya, seorang demi seorang berjaya ditemui dan lengkaplah satu kumpulan wira yang diinginkan.
Moses Kumpulan ini diketuai oleh Moses, seorang yang gagah namun pendiam, seorang remaja yang berada dalam dilemma antara menjadi seorang yang baik sepertimana keluarganya yang lain dan peluang untuk melarikan diri daripada kesukaran hidup dengan bekerja di bawah seorang raja dadah, Hi-Hatz (Jumayn Hunter).
Meneruskan tema serupa sepertimana filem-filem John Carpenter, Cornish melihat Moses menyerupai salah satu watak wira yang menjadi ikon pengarah tersebut. “Bagi saya, Moses memiliki persamaan dengan Snake Plissken,†ujar Cornish, merujuk kepada watak wira bermata satu dari filem Escape From New York lakonan Kurt Russell. “Dia tidak menggunakan pelindung mata, namun dia memiliki tiga parut di pipinya di samping dua gegelang gari di tangan akibat ditangkap, yang kemudian mereka telah memotongnya. Dia juga memakai jaket kombat yang memberikannya imej seorang pemberontak. Saya juga pernah membayangkan sekiranya watak-watak yang saya tonjolkan ini digambarkan dalam bentuk figura aksi kecil – saya membayangkan apa agaknya yang akan dilakukan oleh Kenner kepada barisan pelakon saya!â€
Apa yang pasti, watak ini akhirnya jatuh ke tangan John Boyega, seorang aktor muda yang memiliki pelbagai pengalaman berkecimpung dalam seni lakon pentas untuk beberapa produksi. “Apabila mereka memberikan saya sinopsis penuh filem ini, apa yang boleh saya katakan adalah, ‘Aku akan muncul dalam filem ini. Tak kira. Aku pasti akan muncul dalam filem ini!’†ujar Boyega disertai gelak ketawa. “Moses seorang yang pendiam dan berani. Dia seorang budak yang baik namun terjerat dalam situasi yang tidak sepatutnya dan kita tidak boleh menyalahkannya kerana dia tiada pilihan lain.
Dia berdiam diri kerana dia tidak mahu mendedahkan terlalubanyak tentang dirinya. Dia tidakmahu orang sekeliling bertanya itu dan ini, lebih-lebih lagi apabila sukar bagi dirinya untuk mempercayai sesiapa.â€
Pest Seseorang dengan tutur kata yang berbisa dan telah berjaya mencuri perhatian Sam, dan sentiasa memiliki bekalan mercun dan bunga api untuk kegunaannya. Sememangnya, tingkah lakunya menggambarkan namanya sendiri, seorang ‘pengacau’. Jadi, adalah amat penting bagi Cornish untuk mendapatkan pelakon yang tepat dan tidak melangkaui jangkaannya. “Apa yang penting bagi watak Pest adalah, dia seorang yang disenangi, penyayang meskipun menjengkelkan, kerana dia merupakan watak yang mempunyai paling banyak dialog dalam filem iniâ€, ujar Cornish.
Maka, muncullah Alex Esmail, seorang pelakon baru yang mana pengalaman lakonannya hanyalah menerusi penyertaan dalam pementasan sekolah. Dari situ dia telah dipilih sendiri oleh ejen pencari bakat untuk filem ini dan telah melalui pelbagai uji bakat sebelum watak tersebut menjadi miliknya. “Pest merupakan si dungu yang kerjanya hanyalah menghisap ganja dan obses dengan mercun dan bunga api,†jelas Esmail. “Dia gemar membuat kerja gila – contohnya, bila anda sedang duduk santai dalam sebuah bilik dan tiba-tiba satu letupan berlaku lantas semua orang akan berpaling dan memandang terus ke arah Pest yang sedang duduk diam sambil tersengih.â€
Dennis Selaku orang kanan Moses, Dennis sememangnya seorang yang tenang namun kemahirannya menghayun pedang samurai jelas amat berguna lebih-lebih lagi apabila bersemuka dengan makhluk asing yang berusaha menghapuskan mereka. “Dia seorang yang angkuh, namun jenis yang kacak dengan gaya ala-ala Han Solo,†terang Cornish, “dan kami menemuinya tanpa perlu berususah payah. Rasanya, kami memang bertuah.â€
Aktor tersebut adalah Franz Drameh, yang pernah membintangi filem arahan Clint Eastwood berjudul Hereafter sebelum ini (di mana ia berkongsi lokasi dengan ATTACK THE BLOCK). Namun, Dennis menjadi watak yang sememangnya ingin dibawakan oleh pelakon ini. “Dia menjadi si panas baran dalam kumpulannya. Dia begitu menggilai basikal, motosikal, moped dan BMX,†jelasnya lagi. “Dia yang paling kasar di kalangan mereka. Bila saya membaca skripnya, saya sangat gembira apabila kumpulan ini dipaparkan sedemikian rupa. Di sepanjang durasi berlangsungnya filem ini, penonton akan dapat melihat bagaimana kumpulan sebegini bukan hanya sekadar merompak dan menyamun, sebaliknya mereka juga punyai keberanian sama seperti manusia normal lain.â€
Jerome Dengan kaca mata NHS besarnya dan seragam sekolah yang tersembul keluar dari pakaian jalanannya, Jeroma boleh dianggap ahli paling pelik dalam kumpulan mereka; seorang remaja bijak yang suka mengikut teman-temannya ke mana-mana. “Dia budak yang baik sebenarnya,†jelas Cornish. “Dia juga berkemungkinan orang yang paling penakut dan pastinya tidak sesuai menyamun sepertimana yang dipaparkan di awal filem. Dia seorang yang bertimbang rasa. Leoon memiliki personaliti yang kami cari kerana dia memiliki kebijaksanaan dan kelembutan yang menjadi kontras kepada rakan-rakan lain dalam kumpulannya.â€
Leeon dalam filem ini merupakan seorang pendatang baru dalam dunia perfileman iaitu, Leeon Jones, yang mengakui memiliki persepsi serupa tentang filem ini sepertimana apa yang difikirkan oleh pengarahnya. “Tidak pernah ada filem yang sebegini, kerana seringkali kita dihidangkan tentang kisah makhluk asing dan setiap kali itu juga kita membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya ia benar-benar berlaku kepada kawasan kediaman tempat kita tinggal,†ujarnya, “dan menurut saya, inilah yang pastinya akan berlaku begitu juga dengan senjata-senjata yang akan kita gunakan malah segala-galanya nampak realistik, dan menggambarkan dengan tepat tindakan yang akan kita ambil sekiranya ia benar-benar berlaku. Kumpulan samseng ini dilakonkan dengan realistik – di mana watak seperti Moses pastinya akan menjadi pemimpin, pasti ada seorang ahli kumpulan yang panas baran, seorang yang gemar bertarung, dan pastinya ada seorang yang mahu dianggap lebih matang dari usia sebenarnya. Tidak cukup dengan itu, pastinya akan ada seorang ahli kumpulan yang gemar berkhayal. Inilah yang menjadikan kumpulan ini bagaikan satu keluarga; di mana kami saling menjaga antara satu sama lain.â€
Biggz
Anggota terakhir adalah Biggz, salah seorang anggota termuda di mana di sepanjang filem ini, dia jelas kelihatan tidak keruan. “Pelakon yang kami pilih, Simon Howard sebenarnya seorang yang agak bergaya di mana ketika sesi uji bakat, dia hadir dengan pakaian yang cukup hebat,†ujar Cornish mengimbas kembali. “Kami biarkan dia memilih sendiri kostumnya dan akhirnya, dia muncul semula kelihatan seperti Inspector Gadget versi kecil”. Bagi Simon Howard, lakonan merupakan satu pengalaman baru buat dirinya. “Biggz merupakan pelakon paling muda di kalangan mereka semua jadi semua orang menjaga dan memberi perhatian kepadanya. Saya rasa dia sebenarnya agak gementar, namun dia tidak menunjukkannya kerana dia mahu dilihat sebagai seorang dewasa di hadapan semua orang,†katanya lagi. “Skrip ini dihantar ke rumah saya pada malam Krismas. Ia hadiah Krismas yang hebat! Ketika itu saya terfikir, filem ini pastinya akan jadi sesuatu yang hebat kerana sebelum ini, saya pernah membayangkan filem yang memaparkan pertempuran antara kumpulan remaja nakal menentang hantu, atau menentang makhluk asing. Akhirnya filem sebegitu direalisasikan!â€
Menyedari betapa tekanan pastinya menghantui para pelakonnya yang masih muda, Cornish dengan berhati-hati dan secara perlahan-lahan membiasakan mereka dengan dunia baru perfileman yang mencabar. “Saya rasa, bahagian paling sukar adalah menyuruh mereka mempelajari, memahami dan menghafal skrip,†jelas Nira Park. “Bertindak bijak dalam kumpulan improvisasi sememangnya satu perkara yang bagus, namun mempelajari dan menyampaikan dialog mengikut skrip tanpa hilang sentuhan semulajadi dalam persembahan masing-masinglah yang sebenarnya membuatkan kami teruja melihat mereka sebagai penghibur, jelas ia satu cabaran yang lebih sukar. Namun begitu, Joe banyak melakukan latihan bersama mereka dan ini membuatkan mereka menjadi rapat sebagai satu kumpulan. Seolah-olah semuanya boleh dikongsi bersama Joe. Jelas, mereka begitu selesa dan mempercayainya dan mereka pastinya mahu melakukan yang terbaik demi Joe. Menurut Cornish, kumpulan remaja ini tidak pernah menghampakannya. “Seronok apabila datang ke set setiap hari dan melihat sekumpulan remaja yang begitu bersungguh-sungguh dan naïf sama macam saya,†katanya sambil ketawa. “Mereka tidak pernah merungut, sebaliknya mereka benar-benar sukakannya. Di hujung pengambaran, saya katakan pada mereka, ‘bayangkan ini hari pertama pengambaran – sanggupkah kamu melaluinya sekali lagi?’ Kemudian mereka memandang saya dan sebulat suara berkata, ‘ya!’â€
Cornish membenarkan pelakon-pelakon ini menyuntik keaslian dalam watak yang dibawakan mereka masing-masing, lebih-lebih lagi imej mereka selaku kumpulan samseng. â€Ia sangat penting sebenarnya,†akuinya. â€Terdapat banyak kod dan maksud-maksud tertentu dalam cara berpakaian generasi muda. Contohnya, â€Saya tak boleh memakai bandana berwarna ungu! Saya dari Selatan London!†Terdapat garis panduan tertentu yang mereka ikuti. Mereka memilih kasut mereka sendiri, bandana dan pakaian dari pereka kegemaran mereka sendiri. Melalui filem ini juga, kami pelajari bagaimana bergunanya memakai dua pasang seluar panjang contohnya sepasang jeans dan kemudiannya disarung pula dengan seluar sukan apabila ditahan oleh polis kerana dengan mudah mereka dapat menyembunyikan ’barangan’ tertentu. Kami juga mempelajari betapa pentingnya memakai pakaian gelap terutama sekali apabila kita dirompak dan juga bagaimana warna bandana membawa maksud kawasan atau markas kumpulan tertentu. Bagaimana kita perlu berjalan dengan angkuh, bilakah ianya perlu dan bila tidak perlu.â€
Skrip juga terpaksa diubah mengikut pelakon yang telah dipilih di mana beberapa draf terakhir sengaja dihasilkan bagi memberi gambaran karakter-karakter tertentu yang sedia ada dalam diri para pelakonnya. “Kami menjadikan mereka sumber penting,†katanya. “Contohnya, mereka agak kasar dengan Sam kerana dia telah membuat aduan tentang mereka di balai polis. Asalnya saya mahukan agar kemesraan antara mereka terjalin lebih cepat dan antara perkara yang kami minta lakukan pada awalnya adalah cuba menjadikan babak-babak yang dilakonkan setepat mungkin.â€
Berpuas hati dengan kelima-lima pelakon utamanya, Cornish beralih pula kepada watak-watak penting lain dalam filem – jururawat pelatih bernama Sam, seorang remaja lelaki kaya bernama Brewis yang terperangkap dalam bangunan selepas singgah sebentar untuk membeli ganja, dan Ron, seorang pengedar dadah yang menjalankan ‘urusniaganya’ di blok sama. Ladang ganja yang turut berada dalam bangunan tersebut ternyata menjadi unsur penting dalam memerangi serangan makhluk asing yang berhasrat menakluk bumi.
Untuk watak Sam, Cornish beralih kepada aktres Jodie Whittaker, bintang filem St. Trinian’s dan Venus. “Saya mencari seorang aktres yang mampu beraksi secara semulajadi dan tidak terlalu angkuh untuk bekerjasama dengan aktor-aktor yang kurang berpengalaman†jelas Cornish. “Jodie merupakan salah seorang daripada kalangan kumpulan aktres terakhir yang saya temui untuk watak tersebut. Menemuinya nyata satu kelegaan buat saya kerana sebelum itu, saya tidak menemui calon yang benar-benar sesuai dan ia membuatkan saya benar-benar risau. Mujurlah, dia cukup sempurna.â€
Setelah diuji bakat, Jodie menghadiri sesi ujibakat terakhir untuk mencari bakat-bakat yang melakonkan watak kumpulan samseng demi memastikan dia betul-betul serasi dengan pelakon-pelakon yang dipilih. “Ia satu sesi ujibakat yang berlainan berbanding yang pernah saya jalani sebelum ini… kesemua mereka sedang duduk dalam deretan barisan dan memahami dialog masing-masing, dan mereka kemudiannya duduk bersama-sama dalam satu kumpulan untuk sama-sama berbincang dan saya pula diminta menyertai mereka,†terang Jodie yang benar-benar menghargai peluang tersebut kerana dapat merapatkan hubungan sesama mereka dan seterusnya melihat mereka berubah menjadi aktor-aktor yang hebat, “Kumpulan pelakon muda ini, mereka jelasnya sangat bijak…dan seronok melihatkan potensi mereka yang bakal menggantikan pelakon-pelakon sedia ada.â€
Berhijrah ke London dari Huddersfield beberapa tahun lalu, Jodie dengan mudah menyesuaikan diri dengan karakter Sam yang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. “Sam baru saja pindah masuk ke blok ini dan ianya kelihatan jauh berbeza daripada tempat di mana dia dibesarkan sebelum ini… Ia satu situasi di mana, seseorang itu baru berpindah ke London, mencari tempat tinggal baru dan cuba menyesuaikan diri… Perasaan kekok yang dipamerkan jelas menunjukkan watak yang saya bawakan sememangnya bukan penduduk asal tempatan.â€
Pelakon yang sedang mencipta nama, Luke Treadaway dipilih membawakan watak Brewis, satu watak yang dicipta oleh Cornish bagi menggambarkan dirinya sendiri ketika remaja. Ketika berumur sekitar 20an, adakalanya saya gemar mengambil bahan terlarang untuk berkhayal. Saya juga seringkali berkunjung ke markas-markas pembekal dan pernah terfikir, apa-apa sahaja boleh berlaku ketika saya sedang berkhayal. Kumpulan samseng boleh membuat kacau atau polis boleh datang menyerbu bila-bila masa. Pernah satu ketika, saya melihat seorang pengedar dadah membungkus sebilah parang menggunakan tuala dan menyembunyikannya di atas sebuah almari gantung…â€
Luke menggambarkan wataknya sebagai “budak universiti yang mengedar ganja untuk meraih wang dan menyangkakan dirinya hebat bermain papan selaju namun tidak memiliki satupun alat tersebut. Dia menyembunyikan dirinya yang sebenar supaya diterima ramai. Meskipun berpura-pura, dia seorang yang baik sebenarnya.â€
Bagi watak Ron, yang diadaptasikan dari pengedar ganja yang pernah dikenalinya satu ketika dulu, Cornish memilih teman lamanya, bintang filem Shaun of the Dead, Hot Fuzz dan Paul, Nick Frost. “Ron adalah seorang pengedar dadah yang menjalankan makmal dadahnya di salah sebuah flat usang yang ditinggalkan, di tingkat paling atas blok yang sama,†jelas Cornish. “Seronok bila setiap kali Nick berada di set. Cukup mudah mengarahkannya… Dia bersama-sama dengan kami untuk beberapa minggu dan pelakon-pelakon muda ini benar-benar seronok bekerjasama dengannya. Bekerjasama dengan aktor yang mampu berjaya tanpa perlu latihan profesional benar-benar menginspirasikan mereka…â€
Frost, yang menggambarkan Ron sebagai “watak Child Catcher dari Chitty Chitty Bang Bang, yang terlebih pengaruh ganjaâ€, seorang yang tidak gemar menonjolkan sumbangannya terhadap filem ini, dan juga kemajuan prestasi pelakon-pelakon baru ini. “Mereka tidak mendengar langsung nasihat saya!†katanya sambil berseloroh. “Jujur saya katakan, mereka langsung tidak gentar berlakon meskipun kali pertama.
Pertama kali saya berada di set filem, ketika itu saya membintangi filem Shaun of the Dead dan selama seminggu saya rasa tidak keruan, jadi dalam situasi mereka, Cuma dua kemungkinan iaitu sama ada mereka tidak memikirkan rasa takut atau ianya langsung tidak mengganggu tumpuan mereka. Walau macam mana sekalipun, mereka kelihatan hebat. Mereka sangat berhemah dan menghormati semua orang, mereka mendengar dan melakukan persembahan yang hebat.â€