Bagaimanapun, pelakon dan selebriti media sosial, Wak Doyok berpendapat kerajaan harus mengkaji semula arahan tersebut kerana banyak perkara yang tidak diingini mungkin boleh berlaku.
“Saya sarankan kerajaan jangan bagi lah bukak kedai barber.
“Ini boleh membawa jangkitan covid yang tak terkawal dan orang ramai pon nanti mengambil peluang hendak keluar potong rambut dekat usa dah ada barber yang mati kena covid,”
– Wak Doyok
Sementara itu, Wak juga ada memberi cadangan supaya orang ramai menggunakan khidmat tukang gunting rambut secara ‘on call’.
“Bagi saya baik on call barber je ke rumah.
“Atau pon tak payah gunting rambut buat sementara waktu ini biar nampak brutel nak mati ke nak smart.
“Itu pilihan anda,”
– Wak Doyok
Pendapat tersebut dikongsikan oleh Wak memerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon Abang Long Fadil 2 itu.