Ayah kepada penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Sabtu. Dikhabarkan bapa Tomok yang bernama Ismail Salam berusia 62 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang pada Sabtu selepas setahun diserang penyakit angin ahmar. Al-Fatihah…
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Tomok dan kakaknya yang juga penyanyi Isma AF7 menerusi Instagram masing-masing.
“Perginya ayahanda kami mengadap Ilahi Ismail Bin Salim. Ya Allah Kau ampuni dosa-dosa ayahku.
“Kau tempatkan ayahku dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisiMu. Selamat jalan ayahku,”
– Isma
Dalam pada itu, Isma memberitahu dia bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan menjaga bapanya sehingga akhir nafasnya.
“Terima kasih Allah, Kau beri kami peluang menjaga ayah sehingga akhir nafas ayah.
“Tanty sayang ayah. Semoga Allah izinkan kita berjumpa lagi ayah.
– Isma
Ismail meninggalkan seorang isteri, enam anak dan 15 cucu.
Sementara itu, Tomok memaklumkan jenazah bapanya dikebumikan Masjid Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur malam ini.