Ucapan Budiey buat penyanyi Radhi OAG dan seluruh keluarga yang telah kehilangan ayahnya, Allahyarham Razali bin Sabang, pada jam 1.40 pagi semalam.
Berita kematian tersebut disahkan sendiri oleh Radhi.
“Ayah meninggal dunia kerana serangan jantung yang dialaminya sejak sekian lama. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada April lalu. Selepas itu, kami hanya berhubung melalui telefon sahaja. Arwah ada berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan dalam masa yang sama gembira melihat perubahan diri saya,” katanya dalam nada sebak.
Di samping itu, satu pesanan yang cukup tersentuh buatnya apabila arwah ayahnya berpesan agar tidak memanggilnya dengan nama panggilan ‘Mulo’ yang tidak membawa sebarang maksud. Sebaliknya memanggil dengan nama Radhi.
Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman Radhi pada jam 12 tghari.
Salam takziah. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.