Semalam, pada belah petang macam tu, Adam Corrie telah memaklumkan bapa mertuanya itu dah meninggal dunia. Innalilah, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin…
Berita ayah mertua Corrie kembali ke rahmatullah itu dikongsikan oleh beliau menerusi sekeping gambar di Instagram.
“Setiap yang hidup pasti mati.”
“Abah (bapa mertua) saya telah menghembus nafas terakhir pada hari ini pada pukul 6:20 petang ini.”
Semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.”
– Adam Corrie
Sebelum ini Adam Corrie memberitahu ayah mertuanya itu memerlukan dia menjalani rawatan dialisis sejak 7 tahun lalu. Rawatan itu terpaksa dihentikan sebab badannya tak boleh menerima lagi.
Adam Corrie Lee, 50, mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.
Posting ini mendapat respon daripada netizen dan pelayar IG dengan menghulurkan salam takziah dan meminta semoga keluarga Ada Corrie dan isteri bersabar menempuh dugaan dan kehilangan orang yang disayangi.
Adam Corrie juga turut memberitahu mendiang bapanya telah meninggal dunia 9 tahun lalu kerana kanser hidung.