in ,

Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan berkongsi berita pemergian bapa mentua, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60, melalui perkongsian di Instagram (IG), pagi semalam.

Pada hantaran itu, Marsha mengumumkan Mohamed Ismail yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang meninggal dunia, semalam, iaitu bersamaan 10 Syawal.

“Dukacita dimaklumkan bapa mentua tersayang, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman sudah kembali ke Rahmahtullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22 Mei 2021 bersamaan 10 Syawal.

MARSHA

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan beriman… Al-Fatihah,” katanya.

Dilaporkan, Allahyarham Mohamed Ismail yang menjadi Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam tempoh lama, dijangkiti COVID-19 ketika berada di ibu negara dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, pelakon, Sharnaaz Ahmad turut berkongsi berita mengenai pemergian Allahyarham Mohamed Ismail yang dianggap umpama bapa sendiri.

MARSHA

“Insan umpama bapa pergi menghadap Ilahi disebabkan COVID-19. Semoga Auntie Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan reda dengan ujian yang sangat berat ini.

“Insya-Allah, syurga buat Baba yang sentiasa bantu orang susah, tidak kira apa cara sekali pun. Kami akan merinduimu Baba,” katanya.

Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

Selepas berumah tangga, Marsha mengakui lebih selesa tinggal bersama keluarga mertuanya berbanding duduk berasingan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanya 2 Jam Dibenarkan ‘Shopping’ di Pusat Beli-Belah & Premis Peruncitan

SAJAT

Lama Hilang Tanpa Jejak, Sajat Tak Sengaja Dedah Lokasi di Mana Dia Berada