Pada hari ini, tepat jam 12.30 malam tadi, ada satu berita mengejutkan yang Budiey telah terima iaitu bapa kepada penyanyi yang terkenal di zaman 90an, Ruhil Amani Hussein telah meninggal dunia. Bapa beliau merupakan seorang guru dan mentor. Kehilangan ini sangat besar bagi teman dan anak murid yang mengenali Pak Hussein.
Jenazah akan diuruskan di Masjid Sungai Sekamat Kajang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Sekamat Kajang sekitar jam 10.30 pagi ini. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Alfatihah