Bapa usahawan dan pendakwah Islam terkenal, Ebit Lew, Ibrahim Lew dilaporkan meninggal dunia di Gleanagle Hospital, petang ini.
Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, dia reda dengan pemergian Allahyarham dan mendoakan kesejahteraannya.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Bandar Baru, Ampang hari ini dan terus dibawa ke Bandar Muadzam Shah, Pahang untuk disemadikan.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapa.
“Bapa pergi dulu. Nanti Ebit ‘sampai’ ya. Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.
“Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku,†katanya dalam satu kiriman di Facebooknya hari ini.
Pautan itu mendapat 81,000 tanda suka, 32,000 komen dan 6,600 perkongsian.
Ruangan komen dihujani dengan ucapan takziah dan doa di atas pemergian bapa Ebit.
Rata-rata pengguna media sosial mengucapkan takziah kepada beliau dan mendoakan Allahyarham untuk ditempatkan bersama golongan beriman.
Sejak April lalu dilaporkan bapa Ebit dimasukkan ke hospital dan tahap kesihatannya merosot.
Pendakwah itu juga sering menziarah dan menjaga bapanya sepanjang bapanya dirawat di hospital.