Ia susulan dakwaan individu di Twitter yang mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.
Syed Mohammad Shaiful yang kini berada di Kaherah, Mesir menerusi Facebook berkata, mereka sekeluarga merindui Iqmal (Syed Shah Iqmal) yang dahulu.
“Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa atau ditularkan, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah kejalan Allah dan jalan leluhurmu,” katanya.
Portal Harian Metro semalam melaporkan Syed Shah Iqmal yang kesal dengan dakwaan itu membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damasara, Petaling Jaya jam 5.45 petang semalam.
Syed Shah Iqmal berkata, laporan itu dibuat untuk membersihkan nama baiknya, selain melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu.
“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah. Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Mohammad Shaiful berkata, sekiranya anaknya itu didapati bersalah, dia memohon Allah mengembalikan anaknya ke jalan yang diredai.
“Segala didikan yang saya beri kepadanya sejak kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya sudah pun saya usahakan sebaiknya. Namun, tiada upaya lagi apabila semua mesej peribadi saya diabaikan hampir dua tahun tanpa jawapan sepatah pun.
“Saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah SWT untuk mengadilinya. Sekiranya benar dakwaan yang ditularkan, saya mohon Allah kembalikan anak saya ke jalan yang benar dan diredai,” tulisnya di Facebook.
Menurut Syed Mohammad Shaiful, dia mengakui isu yang baru tular itu sudah lama diketahui, namun tidak menyangka sehingga ahli keluarga turut terkena tempias.
Katanya, dia turut memohon kepada mangsa supaya membuat laporan polis dan sekiranya didapati bersalah, dia tidak akan mempertahankan anaknya itu.
“Isu tular ini sudah lama, hari ini makin heboh pula. Kami sudah letih nak hadap isu seperti ini, apatah lagi adik-adiknya yang masih belajar dan mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan daripada rakan di sekolah.
“Bagi mereka-mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut,” tulisnya.
*Sumber: Harian Metro
Selepas Dituduh Rogol Gadis, Da’i Syed Didakwa Pernah Nak “Try” Aishah Azman?
Seakan gempar di media sosial ketika ini apabila nama pendakwah bebas Da’i Syed kini khabarnya terpalit dengan dakwaan berat apabila beliau dituduh pernah merogol seorang gadis oleh pengguna laman Twitter.
Terbaharu, menurut kiriman yang pihak kami terima sebentar tadi, Syed juga dikatakan pernah cuba untuk menjalin kasih dengan pelakon Aishah Azman.
Kata individu terbabit, Syed sebelum ini dikatakan langsung tidak segan memuat naik foto pelakon itu di laman Instagramnya sebagai tanda suka.
Bagaimanapun tindakan itu mendapat perhatian abang kepada pelakon berkenaan iaitu Afiq Muiz yang tampil meninggalkan komen di posting terbabit.
Hasil tinjauan mendapati, foto tersebut mungkin telah dipadam Syed kerana langsung tidak kelihatan sebarang entri yang memaparkan wajah pelakon tersebut di laman Instagram miliknya.
Tidak terhenti begitu sahaja, menjengah ke Instagram Aishah, beliau seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini seolah berpuas hati atas apa yang telah berlaku dan menimpa jejaka itu
Posting yang memaparkan ungkapan “Sepandai pandai tupai melompat, akhir jatuh ke tanah jua” seperti menyindir pendakwah itu yang kini semakin terbongkar akan kisah silamnya.
Malah, di laman Twitter pula, Aishah dilihat berani bersuara dan cuba mempertahankan hak wanita berikutan kisah gadis yang pernah dirogol pendakwah berkenaan.
Akan tetapi, segalanya kini masih tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan keji itu benar-benar berlaku ataupun sebaliknya.
Malah kisah yang melanda Aishah itu juga difahamkan masih belum temui kata sahih kerana tiada kenyataan rasmi yang dimaklumkan oleh pihaknya sendiri.
Untuk rekod, Syed sebelum ini telah tampil membuat laporan Polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang semalam susulan dakwaan merogol seorang gadis sehingga mengalami trauma.
*Sumber: Beautifulnara