Namun ramai yang tidak mengetahui mengenai latar belakang penyanyi ini. Dibesarkan dalam keluarga yang agak berada, bagaimanapun Azharina berkata dia tidak gemar dengan aktiviti membeli belah sejak dari kecil lagi
Namun, Azharina mengakui dia dimanjakan oleh ibu bapanya yang tidak pernah lokek berbelanja untuk anak-anak. Malah, pernah menerima hadiah beg sekolah jenama mewah Prada daripada ibunya.
Berkongsikan pengalaman ketika berada di bangku sekolah, Azharina berkata bapanya pernah mengarahkan sebuah pusat beli-belah di Sarawak untuk menghentikan operasi kepada pengunjung selama satu jam untuk memberi laluan kepadanya membeli-belah.
“Sewaktu sekolah rendah, ibu berikan saya beg Prada sebagai beg sekolah. Beg itu merupakan beg bundle yang dibawa dari luar negara. Kami adik beradik sangat bertuag kerana dimanjakan kedua orang tua.
“Saya sewaktu di sekolah menegah pula, bapa meminta sebuah pusat beli belah di Miri, Sarawak untuk menutup operasi selama satu jam untuk saya dan adik shopping.
“Kami diberi kebebasan untuk mengambil apa sahaja barangan di dalamnya. Itulah memori indah yang diciptakan bapa untuk kami,” kongsinya.
– Azharina Azhar
Dalam pada itu, Azharina juga berkata dia jarang membeli-belah di dalam negara dan lebih suka berbelanja di luar negara jika waktu mengizinkan. Ujarnya, dia bukan seorang yang suka shopping dan sukar untuk melihatnya di tempat sedemikian.
“Selalunya saya akan membeli belah tiga hingga lima tahun sekali dan akan terbang ke luar negara dan itu ‘merbahaya’.
“Saya tidaka akan pergi membeli jika hanya mahu sehelai seluar. Untuk jeans dan baju misalnya, saya tidak pernah mencuba dan akan terus membeli selepas melihat saiz,” katanya.
– Azharina Azhar
Malah, dirumahnya turut disediakan sebuah bilik untuk menyimpan barangan hasil belian. Mementingkan kualiti sesuatu barangan, Azharina berkata sedari kecil ibu bapanya selalu berpesan jika membeli sesuatu lihat pada kualitinya agar tahan lama
Reaksi dari Netizan
“Aku pernah masuk kedai 2 ringgit.. keluar kedai abis 20 ringgit”
“Ye ke ..kalau betul, dia ni mmg jenis humble orangnya …sebb rajin senyum masa jumpa kat baazar raya tahun2 lepas..biasanya org yg membesar dengan sudu emas ni sedikit sombong”
“Kalau nak tengok hati kita hitam/putih time ni la.. orang share happiness kita rasa sakit ati atau sebaliknya”
“Waktu aku kecil dulu pun bapaku pernah bawak membeli belah di satu shopping mall.. Tanpa disuruh, shopping mall tu dah tutup kerana dah jam 10pm ..kami pun xjadi shopping..”