Peguam yang mewakili Happy, Dedek Gunawan berkata, anak guamnya dilayan seperti pembantu rumah oleh isteri pertama Halilintar iaitu Lenggogeni Faruk.
“Menurut keterangan anak guam kami, sejak awal pernikahan pun, dia sudah dilayan begitu dan diskriminasi itu ada,”
– Dedek Gunawan
Tambah Dedek, Happy juga tidak pernah dilayan seperti isteri sepanjang lapan tahun berumah tangga.
“Katanya, dia mengambil alih tugas sebagai pembantu rumah tangga kerana disuruh. Kami tak tahu sama ada mereka ada pembantu rumah atau tidak, tapi Happy tidak dilayan seperti isteri,”
– Dedek Gunawan
Kerana tidak mampu bertahan, Happy memfailkan tuntutan cerai kepada Halilintar di Pengadilan Agama Pekanbaru pada 2005 dan akhirnya, sah bercerai pada 2006.
Selain itu, Happy juga mengaku tidak pernah menerima nafkah sepatutnya buat dia dan anak mereka, Mubarotah. Apatah lagi, Halilintar juga tidak mengaku Mubarotah sebagai anaknya.
Halilintar dan Happy dilaporkan bernikah di Bandung, Jawa Barat, pada 21 April 1998 dan perkahwinan itu mendapat persetujuan daripada isterinya, Lenggogeni.
Sehingga ke hari ini, Halilintar belum mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara ini.