Itu beban rasa ditanggung pelakon Anna Jobling yang kehilangan bapa kandungnya namun tidak dapat menatap wajah lelaki pertama dalam hidupnya itu buat kali terakhir lantaran tuntutan kerja.
Anna yang kini berada di Bali bagi sebuah penggambaran drama tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendapat berita kematian bapanya di United Kingdom (UK) akibat sakit jantung malam tadi.
Khabar duka itu dimaklumlan pengurusnya, Shawn Amer.
Bintang drama Melur untuk Firdaus itu turut mengesahkan berita itu menerusi akaun Instagramnya.
Anna menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang hebat dan sentiasa menyokongnya.
Difahamkan, ketika ini Anna berada di Bali, Indonesia bagi menjalani penggambaran drama bersiri, The One untuk sebuah laman penstriman atau Over-The-Top.