in

Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut

[dropcap]S[/dropcap]atu majlis sidang media khas telah diadakan di rumah nenek dan keluarga Afiq di Keramat Tengah, Ulu Klang pada jam 4 petang kelmarin untuk menjernihkan sedikit kemelut Afiq bersama ibunya yang masih berlarutan sampai sekarang. Turut tampil membela Afiq ialah keluarga sebelah bapanya.

IMG_6351

Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, diminta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48. Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi ‘orang tengah’ bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu.

“Sidang media hari ini bertujuan untuk memberitahu, kami pihak keluarga sebelah bapa Afiq berharap Afiq dapat kurangkan sikit egonya, kemudian berjumpa dengan ibunya dan berbaik semula”

“Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri. Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian. Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana.”

Jalal dan Afiq serta beberapa anggota keluarga lain berkumpul pada sidang media itu bagi menjernihkan kembali kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.

Beliau sekeluarga tidak mahu perbalahan antara Hazliza dan cucu saudaranya itu terus berpanjangan. Ini kerana sejak kontroversi antara Afiq dan ibunya tercetus, tempiasnya sikit sebanyak terkena pada keluarga apabila jiran tetangga serta orang sekeliling mula bertanyakan hal itu kepada mereka. Sebagai sebahagian daripada ahli keluarga, mereka merasa sedih dan malu dengan apa yang berlaku. Dalam masa sama, berasa kasihan terhadap nasib yang menimpa Afiq.

Bagaimanapun tambah Jalal, dia berharap Afiq dan ibunya itu dapat menurunkan ego masing-masing dan memaafkan antara satu sama lain dan pada masa sama meminta Hasliza tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung dengan anaknya itu.

“Cukuplah, jangan keruh-keruhkan keadaan lagi. Lihat apa yang dah jadi sekarang ini, seluruh keluarga mendapat kesan buruk daripada pandangan masyarakat. Sedih pun ya, malu pun ada, tetapi berfikirlah secara rasional demi kesejahteraan keluarga nanti.”

“Saya berharap pihak ibu Afiq tidak menulis lagi apa-apa kenyataan di laman sosial atau blog. Orang kata ia sebagai, ‘cooling of period’ iaitu bila pihak di sana senyap dan tidak membuat apa-apa kenyataan. Dan pihak kami juga senyap. Jadi saya rasa ia akan memberi ruang untuk dua ni berbincang menyelesaikan masalah ini.”

Sementara itu ibu saudara Afiq iaitu Norila kadir Ibram Sah pula meminta bapa Afiq, tampil dan memulihkan hubungan mereka anak beranak.

“Abang saya (bapa Afiq) pernah beritahu saya, “Satu hari aku akan selesaikan hal ni dengan anak aku. Hanya aku saja yang boleh selamatkan anak aku”. Kami ada menghubungi abang saya tu dan meminta dia bersama-sama kami hari ini (petang semalam). Tapi dia tidak mengangkat panggilan telefon. Mungkin dia sibuk. Jadi, kami berharap bapa Afiq dapat tampil. Harap dia, Afiq dan ibu Afiq dapat bertemu dan berbincang secara rasional sekaligus berbaik”, katanya.

Sementara itu, Afiq yang turut sama berada pada sidang media berkenaan bertegas mahu ibunya itu membersihkan nama dia serta menarik balik segala kenyataan buruk yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum membuat keputusan untuk berdamai.

“Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen. Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka. Kalau boleh saya mahu ibu saya menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap saya, barulah saya akan meminta maaf kepadanya pula.”

Sebelum ini, ibu kandung Afiq telah meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka. Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman. Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media pertama diadakannya sendiri dengan turut dihadiri Eina Azman. Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.

IMG_6378

IMG_6440

IMG_6460

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013

Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi