Tindakan lelaki itu walaubagaimanapun membawa padah apabila dia ditahan polis pada Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan jam 12.45 tengah malam.
“Hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik yang mengandungi daun ketum.
“Lelaki itu dipercayai menyewa lori berkenaan dengan harga RM2,500 sebulan menggunakan wang pengeluaran i-Sinar yang diperolehinya.
“Suspek dipercayai diupah oleh seorang lelaki lain untuk membawa daun ketum itu dari Padang Terap, Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan dengan bayaran RM2,000 untuk satu trip perjalanan,”
– Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah
Tambahnya, suspek sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu melakukan kegiatan itu seorang diri.
“Nilai keseluruhan daun ketum yang dirampas adalah sebanyak RM22,000.
“Suspek yang berasal dari Sungai Petani ditahan untuk membantu siasatan dan direman empat hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,”
– Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah
Sumber : Astro Awani