in

Banyak Acara Hiburan Ditangguhkan Untuk Hormati MH370

Berikutan isu kejadian pesawat MAS MH370 yang masih hilang memberi kesan dan mengejutkan seluruh dunia, banyak penganjur acara hiburan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan acara yang dianjurkan buat sementara waktu untuk menghormati misi pencarian pesawat MH370. Budiey kira, ini satu langkah yang baik untuk menghormati dan salah satu cara kita melahirkan rasa prihatin untuk mendoakan semoga pesawat MH370 yang hilang itu ditemui semula dengan selamatnya.

lisa surihani

Antara acara yang ditangguhkan ialah E! News Asia Special; Lisa Surihani anjuran NBCUniversal yang dijadualkan akan berlangsung esok di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur jam 2.30 petang. Budiey ada menerima emel dari penganjur yang mengatakan acara ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

“Out of respect for the current “missing” status of Malaysia Airlines flight MH 370, NBCUniversal will cancel the scheduled press conference for the E! News Asia Special Lisa Surihani, until further notice. Our thoughts and prayers are with the crew and passengers, their families, friends and all others who are affected by this tragedy.”

The multitalented actress and model is no stranger to the showbiz industry and have bagged many awards such as Best New Actress at the 2007 Malaysian Film FestivalBest Actress at the 23rd Malaysian Film Festival in 2010, just to name a few.  

Tonton Lisa Surihani @ E! News Asia Special di saluran E! Pada 30 Mac Ini Jam 10 Malam

[dropcap]B[/dropcap]udiey ingin ucapkan tahniah buat Lisa Surihani kerana ada program berbentuk biografi perjalanan seninya di saluran E! Yea, dengan kejayaan pada hari ini, Lisa Surihani bakal tampil dalam E! News Asia Special yang akan membawa anda mengenali dengan lebih dekat artis yang terkenal dengan sifat merendah diri ini dalam industri showbiz dan perjalanan ke superstardom dengan rakaman eksklusif serta temu bual. Lisa Surihani @ E! News Asia Special akan ditayangkan pertama kalinya hanya pada E! (Astro Channel 712) ini 30 Mac @ 10 malam.

Dalam pada itu, Budiey rasa sangat kesal dengan penyebaran khabar angin yang melampau-lampau di media sosial. Langsung diorang ni suka hati menyebar rumors tanpa mengira soal hati dan perasaan keluarga yang terlibat. Buat masa ini, dengan segala misteri dan tanda soal yang timbul, masing-masing cuba menjadi pakar penyiasat, pakar agama, pakar tilik nasib, pakar ramal, pakar segala-gala lah. Semoga isu ini juga mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya bertindak ke atas individu yang tak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu di media sosial.

Doa dan harapan masih berterusan, semoga pesawat yang hilang ini ditemui dalam keadaan yang selamat.

Tidak berhenti berharap.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Empati Jika Jadi Penumpang Pesawat MH370

Min Yasmin & Julfekar Bakal Nikah Pada 4 April Ini