Celepets yang dianggotai Sazzy Falak, Aishah Sinclair, Daphne Iking, Dynas Mokhtar, Serena C, Yasmin Hani dan Atilia Haron kini menubuhkan pula Celepets Care iaitu platform bagi membantu golongan wanita yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bersama misi Membantu Wanita Kurang Mampu dengan Keluarga Yang Bergantung atau Helping Marginalized Women with Dependent Families, 7 selebriti prihatin ini berharap agar Celepets Care berupaya dapat mengurangkan beban golongan wanita yang kurang berkemampuan.
Dalam satu usaha dalam membuktikan keperihatinan Celepets dipandang serius, sebuah sidang media secara virtual telah diadakan hari ini sekali gus untuk memperkenalkan platform berkenaan kepada pihak media.
Semua barisan jelitawan Celepets telah hadir di dalam sidang media maya berkenaan bersama-sama barisan penaja dan rakan media yang menyokong usaha murni rakan selebritri itu.
Secara rasminya, Celepets Care telah memulakan sesi kutipan sumbangan dan penajaan daripada syarikat korporat serta individu perseorangan sejak 20 Mei 2020, dan akan berakhir pada 30 Julai 2020.
Semua jumlah kutipan sumbangan yang terkumpul kemudiannya akan dibahagikan kepada golongan wanita kurang berkemampuan pada 15 Ogos 2020.
Pihak Celepets juga cukup bertuah kerana usaha murni mereka itu telah mendapat sokongan padu daripada Kita Fund yang bertindak sebagai saluran utama atau platform bagi menempatkan setiap sumbangan yang bakal diterima menerusi program itu nanti.
Bagi menyemarakkan Celepets Care, setiap anggota Celepets akan menjalankan peranan menerusi laman sosial masing-masing bagi memastikan lebih ramai pihak yang dapat menghulurkan bantuan.
Ini termasuklah sebuah rancangan digital khas (seminggu sekali) yang bakal dihadiri bintang Celepets itu sendiri, sekali gus dapat memberi penjelasan lebih terperinci kepada sesiapa sahaja yang ingin menderma melalui platform Celepets Care itu.
Oleh kerana itu, usaha untuk menjemput lebih ramai para penaja atau penderma untuk menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit akan dapat terlaksana.
Celepets Care telah mendapat kerjasama baik dari Ministry Of Marketing.Asia yang menyediakan program khusus – Power To Empower Product & Brand Awareness Show: SME Edition – bagi melancarkan perjalanan usaha murni ini.
Tidak ketinggalan, Kindness Malaysia yang buat kesekian kalinya telah berganding bahu bersama- sama Celepets terutama dalam menyediakan urusan logistik dan pengurusan bantuan kepada golongan wanita yang benar-benar memerlukan bantuan.
Untuk keterangan lanjut berkenaan Celepets Care sila hubungi: Chatbot: https://m.me/CelepetsCare
Instagram: https://instagram.com/celepetscare
Facebook: https://www.facebook.com/CelepetsCare/
Terima Kasih kepada rakan penaja:
- Chatbot MALAYSIA yang telah menyediakan platform chatting secara percuma.
- MicroLEAP yang telah menaja wang tunai RM10K untuk golongan ibu tunggal sebagaipermulaan program.
- Kindness MALAYSIA yang menyediakan urusan logistic dan pengurusan penyerahansumbangan.
- Ministry Of Marketing.Asia yang menyediakan program khas dan pengurusan.
- MrStailista yang menyediakan perkhidmatan PR dan apa juga berkaitan perhubungan media.
- EPetani yang telah menyumbangkan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada 70 rumah yangmemerlukan sepanjang PKP & PKPB.
- Sentinel yang menyediakan perkhidmatan audio/visual bagi platform virtual.
- KitaFund yang menyediakan platform kutipan sumbangan untuk Kutipan Sumbangan CelepetsCARE secara percuma.