Bank Negara umumkan automatik tangguh bayar hutang selama 6 bulan. Di bawah ini, perkara yang kita kena faham:
- Hutang yang terlibat seperti pinjaman perumahan (housing loan), pinjaman kereta (hire purchase loan), pinjaman peribadi (personal loan) termasuk individu / SME semua pinjaman yang kita miliki, KECUALI kad kredit (credit card / Aeon credit) dan loan yang tertunggak lebih 90 hari.
- Tak perlu bayar monthly installment selama 6 bulan ini iaitu bermula dari 1 April (1/4/2020) sehingga 1 September (1/9/2020)
- Kita tak perlu pergi ke bank untuk apply sebab ianya berjalan secara automatik.
- Walaupun dalam surat tulis “most affected by COVID-19”, jangan risau kita semua terkesan dengan #COVID19 ini kan? Jadi Bank Negara bagitahu ianya untuk semua individu dan SME.
- Bagi yang mampu atau rasa kewangan setakat hari ini Alhamdulillah okay, kita masih ada pilihan untuk bayar seperti biasa. Just inform sahaja dekat pihak bank kata nak bayar monthly payment as usual.
- Bagi yang buat loan payment auto debit every month, anda boleh check adakah nanti duit di tolak atau tidak dalam bank. Sepatutnya tidak di tolak. Jadi sebaiknya contact dengan bank tentang perkara ini untuk double confirm.
- Andai kata loan bank kita ianya di tolak dari slip gaji, cepat-cepat refer dan tanya kepada pihak HR company. Sepatutnya exclude potongan. Atau sebaiknya contact dengan bank tentang perkara ini untuk double confirm.
- Ingat. Apa-apa pon interest rate / faedah / bunga walaupun di katakan tangguh juga, tetapi tetap kena bayar seperti biasa ya. Kesannya akan bergulung-gulung menambah kepada overall tanggungan kepada pembiayaan asal. But anyway tengok juga jenis-jenis pembiayaan kita dan terma dengan bank.
- Sebab itu nak di ingatkan ini adalah penangguhan, bukan pembatalan. Makanya akan ada penambahan 6 bulan. Katakan dulu pinjam 360 bulan. Sekarang akan jadi 366 bulan.
- Andai kata kita ini jenis individu yang jadual pembayaran ke bank setiap bulan kurang cantik, kita masih boleh dapat manfaat ini aslong tidak melebihi 90 hari. Sebaiknya contact dengan bank tentang perkara ini untuk double confirm.
- Penyewa rumah tetap kena bayar seperti biasa kepada tuan rumah. AKAN TETAPI. Apabila tuan rumah dapat tangguh bayar pinjaman perumahan sehingga bulan September kepada bank, sebaik-baiknya penyewa juga di berilah kelonggaran oleh tuan rumah untuk tak perlu bayar sewa rumah. Atau bagi discount. Win win situation.
- Kalau kita ada buat staff loan dari Government Agency (khusus untuk Government Servants), ianya tidak termasuk dalam moratarium ini. Only for individuals and SME borrowers.
- Kalau kita ada buat loan yang bukan atas bank, automatik tidak dapat manfaat ini. Boleh call pihak tertentu untuk mereka buat juga bayaran tangguhan ini.
Kawan-kawan, sebenarnya ini menunjukkan ada sesuatu perubahan besar yang akan berlaku di Malaysia yang kita semua dah semakin ‘aware’.
Kalau kita lihat Bank Negara membenarkan untuk tangguh bayar hutang sehingga 6 bulan. KWSP pula dibenarkan keluar duit maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Kita risau MCO ini akan dilanjutkan jika gelombang ke-3 terus melanda di negara Malaysia ini. And might be MCO will extend more than 2 weeks.
Jadi kita jangan terlalu happy dapat tangguh bayar hutang bank, hutang PTPTN, dapat keluar duit dari KWSP, dan sebagainya. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi after 6 months ini.
Duit yang sepatutnya kena bayar itu please jangan usik, simpan je duit itu atau labur dekat mana-mana pelaburan yang selamat, atau tukar dengan emas pon okay.
Kalau komitmen bulanan kita dekat bank RM2,000 x 6 bulan = RM12,000 simpanan baru kita. Jadikan as Emergency Fund. Asingkan duit ini letak dekat bank yang kita tak usik.
Namun bagi yang betul-betul terkesan dan manfaat ini benar-benar membantu kewangan diri dia, boleh la rasa lega sikit dan boleh beli barang keperluan, as long as ada makanan di atas meja untuk di makan. At the same time start do something untuk gain back income and money.
Dan ini la juga masanya untuk kita strukturkan semua hutang-hutang kita. Dan bagi yang nak kurangkan komitmen credit card, waktu ini la gunakan teknik ‘balance transfer’.
Apa-apa pon kita tunggu new announcement today from #BankNegara Malaysia dan bank-bank yang terlibat untuk announce tau.
Teruskan bermuhasabah, teruskan berdoa dan teruskan beristighfar agar semuanya akan semakin pulih. InshaAllah.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk info yang bermanfaat ini.